Harian Metro

SEDIA JADI EJEN PEMBELAJAR­AN MURID

-

Sebelum bergelar guru, jejaka kelahiran Sarikei, Sarawak ini mahu memperleng­kapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n.

Menurut Johnny Wong, peredaran masa membawa perubahan dan cabaran buat profesion guru termasuk pengubahsu­aian fungsi serta peranan guru.

“Peranan guru sebagai sumber utama pengetahua­n kepada murid sudah bertukar menjadi guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajar­an, ejen perubahan serta sumber inspirasi bagi murid.

“Guru harus kreatif dan inovatif dalam menjadikan sistem penyampaia­n pengajaran dan pembelajar­an efektif, menarik serta menyeronok­kan,” katanya yang kini menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

(TESL).

Dalam menjadikan dirinya versatil, Johnny Wong berkata, dia juga bergiat dalam seni suara.

“Sejak kecil, saya sudah menanam minat dalam bidang kesenian seperti nyanyian. Ini bagi membantu diri saya mendepani sebarang cabaran.

“Bakat yang ada tidak boleh disia-siakan.

Saya sering mengikuti pertanding­an nyanyian yang dianjurkan di sekitar Kuching.

“Antaranya, pertanding­an nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan baru-baru ini, saya dinobatkan juara ‘Mister Talent Beautiful 2019’ anjuran Tiara Management,” katanya.

Selain itu, dia juga membabitka­n diri dalam bidang peragaan dan akan terus mencari peluang.

“Saya tiada pengalaman tetapi yakin peluang pasti muncul sekiranya gigih mencuba.

“Buat masa ini, saya akan fokus dalam pelajaran untuk menjadi seorang pendidik kerana sayangkan kanakkanak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia