Harian Metro

LEPAS GIAN DI TEPI TANGGA

Penduduk bimbang gejala penyalahgu­naan dadah berleluasa di kawasan perumahan

- Oleh RecquealRa­imiam@hmetro.com.my

Gejala pengedaran serta penagihan dadah di kawasan perumahan Taman Telipok Ria di sini, menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan penduduk.

Walaupun ada tangkapan, gejala itu seolah-olah sukar dibendung.

Malah, ada penduduk mendakwa kegiatan itu semakin mudah dijalankan melalui aplikasi ‘WhatsApp’ antara pengedar dengan pelanggan.

Pada masa sama, sekumpulan kanak-kanak di kawasan berkenaan turut terbabit menghisap gam seterusnya menyumbang kepada pertambaha­n jumlah penagih.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai

Ros, 60, mendakwa gejala penagihan dadah dalam kalangan masyarakat di lokasi berkenaan sering dilihat penduduk.

“Walaupun pihak berkuasa menjalanka­n serbuan untuk menahan penagih dan pengedar, ia masih berterusan dan sukar dibendung disebabkan ketiadaan pengawal keselamata­n menjaga laluan keluar masuk kawasan perumahan ini.

“Ada kalanya, urus niaga dijalankan di tangga bangunan pada waktu malam. Ia menyebabka­n penduduk takut untuk melalui laluan itu.

“Penagih kemudianny­a melepaskan gian di tangga itu juga atau beredar ke belukar berhampira­n,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Ramlan, 39, berkata, sekumpulan kanak-kanak juga sering dilihat menghisap gam di hujung blok perumahan fasa satu.

“Rondaan dijalankan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dilakukan kalangan penduduk juga tidak memberi kesan.

“Kanak-kanak itu sering melawan dan walaupun kami memaklumka­n perkara itu kepada ibu bapa mereka, ia tetap berulang.

“Sekiranya dibiarkan, mereka pasti terjebak dengan kegiatan lebih serius seperti penagihan dadah,” katanya.

Menurut Ramlan, ada kalanya mereka pula dimarahi ibu bapa kanakkanak terbabit.

“Bagaimanap­un, kami tetap melaporkan kegiatan terbabit kepada polis,” katanya.

 ??  ?? AADK Tuaran melakukan operasi bagi menahan individu terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.
AADK Tuaran melakukan operasi bagi menahan individu terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia