Harian Metro

BILA BERSUKAN JADI BAHAYA

Perokok muda berisiko serangan jantung tiba-tiba andai tiada saringan awal

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Kematian akibat serangan jantung tiba-tiba ketika bersenam pada waktu malam bukan disebabkan rutin itu, sebaliknya ia berpunca daripada golongan muda yang mengabaika­n saringan awal jantung.

Percaya mereka sudah mengamalka­n gaya hidup aktif dengan membabitka­n pelbagai aktiviti sukan seperti berbasikal, mendaki gunung dan berlari jarak jauh, membuatkan ada segelintir mengambil kesempatan iaitu mengabaika­n aspek diet sihat selain setia dengan tabiat kuat merokok.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Kumara Gurupparan, realitinya hampir 95 peratus pesakit jantung bawah usia 35 tahun dirujuk kepadanya adalah perokok tegar sejak belasan tahun.

“Kalau perokok dahulu dikaitkan dengan kematian akibat kanser paru-paru, pada pendapat peribadi saya berdasarka­n kes pesakit diterima IJN setiap hari membabitka­n pesakit bawah usia 35 tahun, selalunya berpunca daripada tabiat merokok.

“Dahsyatnya kesan merokok adalah pesakit yang mendapat serangan jantung sangat muda. Antara kes paling menyedihka­n ialah yang membabitka­n pesakit berusia semuda 18 tahun.

“Sewaktu dia tiba di IJN, jantungnya sudah terhenti 30 minit dan pasukan perubatan terpaksa melakukan resusitasi kardiopulm­onari (CPR) untuk selamatkan nyawanya.

“Namun jantungnya sangat lemah sehingga terpaksa buat prosedur angioplast­i bagi membolehka­n dia terus bertahan dengan fungsi jantung pada tahap 20 peratus sahaja.

“Terkilanny­a ialah bapanya bukan perokok. Dia pula yang mula terjebak dengan aktiviti merokok sejak berusia 10 tahun kerana pengaruh kawan di sekolah.

“Lebih menyedihka­n apabila pesakit itu dan keluargany­a tidak mampu mendapatka­n rawatan susulan di IJN dan dirujuk ke hospital kerajaan. Dia hilang kualiti hidup dan biasanya hayat untuk pesakit sebegini tidak panjang.

“Bukan satu kes ini sahaja membabitka­n perokok tegar muda. Saya ada beberapa pesakit yang mempunyai kes hampir serupa termasuk seorang berusia 22 tahun dan terbaharu 32 tahun apabila dia mendapat serangan ketika bapanya juga menerima rawatan jantung di Hospital Sungai Buloh.

“Pesakit yang mengalami serangan jantung pada usia muda iaitu dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun yang disebabkan tabiat merokok, biasanya risiko kematian paling tinggi pada usia 40 tahun.

“Ini menunjukka­n mereka yang merokok mungkin tidak sempat ke fasa untuk menghidapi kanser paru-paru sebaliknya ancaman kematian lebih besar ialah daripada serangan jantung,” katanya.

Sebagai langkah mengurangk­an impak risiko kematian muda akibat serangan jantung, Dr Kumara berkata, golongan muda perlu tahu terutama mereka yang berisiko perlu menjalani saringan berkala kesihatan jantung sekurangku­rangnya sekali dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

“Jantung ini ibarat rumah yang ada empat bilik. Saluran darah dalam jantung seperti saluran paip di rumah dan adanya pendawaian merujuk kepada elemen ‘elektrik’ (masalah saraf pada jantung).

“Jika mana-mana struktur pada organ ini bermasalah, bermakna akan ada risiko mengalami masalah serangan jantung dan maut tiba-tiba. Ia boleh berlaku pada bilabila masa sama ada ketika makan, tidur, memandu dan sebagainya.

“Cuma risiko ini lebih ketara ketika bersenam dan melakukan aktiviti sukan berintensi­ti tinggi kerana waktu itu kadar degupan jantung lebih tinggi dan berdenyut lebih kuat menyebabka­n pesakit cenderung mendapat serangan jantung.

“Sebaik-baiknya bagi mereka yang dalam kumpulan berisiko iaitu individu yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, kuat merokok dan ada sejarah keluarga mempunyai masalah jantung atau meninggal tanpa sebab, pergilah menjalani saringan kesihatan jantung.

“Begitu juga mereka yang mahu terbabit dalam sukan profesiona­l, sebaik-baiknya jalani pemeriksaa­n jantung setiap enam bulan tetapi jika dilakukan tiga bulan sekali lebih bagus. Kalau berasa terbeban, setahun sekali sudah memadai apatah lagi di sini ada banyak program disediakan termasuk majikan yang mengambil inisiatif untuk pemeriksaa­n jantung tahunan,” katanya.

Selain rokok, Dr Kumara menegaskan penghisap vape juga menerima kesan sama atau lebih berisiko kerana bahan kimia daripada ramuan vape itu boleh terus meresap ke otot jantung.

Kesimpulan­nya, walaupun bersenam itu bagus (tidak kira pada waktu siang atau malam), ia wajar juga diiringi tabiat positif lain seperti amalan pemakanan sihat dan seimbang, kurang lemak, gula dan garam. Namun paling utama ialah tidak merokok.

 ??  ??
 ??  ?? VAPE beri kesan negatif sama dengan rokok.
VAPE beri kesan negatif sama dengan rokok.
 ??  ?? PEROKOK tegar hadapi risiko alami serangan jantung apabila lakukan senaman berintensi­ti tinggi.
PEROKOK tegar hadapi risiko alami serangan jantung apabila lakukan senaman berintensi­ti tinggi.
 ??  ?? KEMATIAN tiba-tiba akibat serangan jantung boleh dielak dengan saringan berkala.
KEMATIAN tiba-tiba akibat serangan jantung boleh dielak dengan saringan berkala.
 ??  ?? STEN angioplast­i diguna untuk buka saluran darah tersumbat.
STEN angioplast­i diguna untuk buka saluran darah tersumbat.
 ??  ?? DR Kumara
DR Kumara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia