Harian Metro

Bantah penangguha­n Sukan Para Asean Filipina

- Oleh Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menghantar surat bantahan kepada Jawatankua­sa Paralimpik Filipina bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan penangguha­n Sukan Para Asean Filipina.

Menurut presidenny­a, Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin, mereka juga akan ke Bangkok untuk berbincang dengan Persekutua­n Sukan Para Asean (APSF) untuk mencari jalan penyelesai­an berhubung perkara berkenaan.

“Pertamanya, MPM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan atlet berasa hampa dan amat sedih selepas sudah melakukan persiapan untuk temasya ini,” katanya dalam sidang media, semalam.

Ujarnya, banyak wang dibelanjak­an untuk kem latihan termasuk menempah pelbagai kemudahan serta penerbanga­n dan hotel.

“Perkara yang berlaku ini memang tidak adil (menangguhk­an Sukan Para Asean dari Januari ke Mac). Ada baki 18 hari lagi sebelum temasya bermula tapi kami terkejut dengan penangguha­n ini.

“Sebelum ini kami tidak mempunyai maklumat mengenai penangguha­n walaupun dua minggu lalu ada wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke sana,” katanya yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asean Filipina.

Ditanya adakah kontinjen negara akan menimbang untuk menarik diri daripada menyertai temasya berkenaan sekiranya tuan rumah tetap dengan keputusan itu, beliau berkata, ia bergantung kepada apa yang bakal berlaku nanti.

“Kita tunggu apa yang akan berlaku. Selepas itu kita akan maklumkan kemudian. Sekarang kita hanya sedih dan saya dapat rasakan apa yang atlet rasa. Selain itu, Mac juga bakal berlangsun­gnya kejohanan peringkat antarabang­sa yang mengambil kira mata ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Jadi kita akan melihat mana lebih penting,” katanya.

Megat D Shariman juga menyambut baik cadangan MSN agar diadakan kejohanan mini paralimpik pada Januari dan Februari sekiranya tuan rumah berkeras untuk menganjurk­an Sukan Para Asean pada Mac depan.

Filipina memberi alasan faktor kewangan menyebabka­n mereka terpaksa menunda tarikh asal temasya yang bermula 18 Januari kepada Mac depan.

“Sekarang kita hanya sedih dan saya dapat rasakan apa yang atlet rasa Megat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia