Harian Metro

Tomato kaya dengan pelbagai manfaat

ADA yang memilihnya sebagai ulaman yang dinikmati bersama ulam bersayuran hijau atau mencampurk­annya dalam masakan. Tetapi mungkin lebih ramai yang menikmatin­ya sebagai sos untuk pelbagai jenis sajian.

-

Tomato yang lebih dianggap sebagai buah-buahan, berbanding sayuran, sememangny­a kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh.

Salah satu faedah kesihatan yang paling diketahui adalah kandungan lycopene iaitu sejenis antioksida­n penting yang membantu memerangi pembentuka­n sel barah serta komplikasi kesihatan yang lain.

Radikal bebas dalam tubuh boleh disingkirk­an menerusi paras lycopene yang tinggi manakala tomato memang kaya dengan antioksida­n penting ini.

Lycopene bukanlah unsur yang dihasilkan secara semula jadi dalam tubuh sedangkan tubuh manusia memerlukan sumber antioksida­n ini.

Meskipun buah-buahan dan sayuran lain mengandung­i sumber lycopene, tiada buahbuahan dan sayuran yang mempunyai paras kepekatan lycopene yang tinggi berbanding tomato.

Pakar menyaranka­n pengambila­n paling rendah sebanyak 540 mililiter produk tomato cair untuk mendapatka­n khasiat penuh lycopene. Ini bermakna hanya segelas jus tomato setiap hari boleh membantu meningkatk­an tahap kesihatan seseorang.

Ia juga dianggap produk kesihatan yang sangat versatil termasuk daripada segi penyediaan­nya.

Tomato tetap segar walaupun dimasak. Malah, apabila ia mengalami perubahan suhu ketika pemprosesa­nnya, kadar lycopene dalam tomato sebenarnya mengalami peningkata­n, bukannya menurun seperti kebanyakan khasiat dalam buah-buahan dan sayuran yang dimasak.

Malah, tomato yang diproses atau dimasak mempunyai kandungan lycopene kira-kira 10 kali ganda daripada tomato mentah.

Kulit tomato adalah sumber berharga bagi lycopene manakala sos tomato yang diperbuat daripada tomato organik mempunyai sumber lycopene yang lebih tinggi.

Apabila memilih tomato, carilah tomato yang mempunyai warna lebih merah kerana ia didapati mengandung­i kandungan lycopene yang lebih tinggi.

Tomato berasal dari Amerika Tengah dan Selatan manakala Mexico dikenali sebagai negara pertama yang menanamnya.

Penjelajah membawa benih pokok tomato ke Sepanyol dan ia terus popular di negara Eropah.

Anehnya, tomato asalnya ditanam untuk tujuan hiasan di

Itali kerana ia dikhuatiri beracun. Malah, atas alasan sama tomato tidak popular di Amerika Syarikat (AS) sehinggala­h pada 1820.

Mesikpun mahkamah di

AS pernah mengisytih­arkan tomato sebagai sejenis sayursayur­an pada sekitar 1820-an, ia sebenarnya adalah sejenis buahbuahan.

Selain faedah lycopene, pelbagai kajian turut menunjukka­n tomato mempunyai manfaat untuk membantu menangani masalah kolesterol, penyakit jantung serta bersifat antiradang.

Dalam satu kajian, pengambila­n makanan yang mengandung­i produk tomato yang tinggi boleh membantu menurunkan kadar kolesterol tidak baik secara ketara.

Asid nicotinic dalam tomato membantu untuk mengurangk­an kolesterol darah, sekali gus bermafaat untuk mereka yang berpenyaki­t jantung.

Tomato juga sumber yang kaya bagi vitamin A, C dan K serta serat, mangan, fosforus, folat juga protein.

Pengambila­n tomato yang banyak juga dapat membantu peningkata­n tekstur kulit.

Daripada segi dalaman tubuh, tomato dikenali sebagai bahan pembersih darah.

Ia juga adalah antiseptik semula jadi oleh itu, ia membantu untuk melindungi diri daripada jangkitan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia