Harian Metro

POLIS KERJASAMA DENGAN ESSCOM

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

Kira-kira 50 das tembakan dilepaskan oleh suspek terhadap bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam insiden berhampira­n Pulau Bohey Dulang, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superinten­dan Sabarudin Rahmat berkata, pihaknya kini dalam melengkapk­an siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kami bekerjasam­a dengan pihak Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mendapatka­n maklumat lengkap berkaitan suspek.

“Ini kerana tembakan yang dilepaskan oleh suspek boleh menyebabka­n kemalangan jiwa pasukan JKDM, mereka bernasib baik kerana tiada tembakan yang terkena bot,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian tembak terhadap bot penguatkua­saan JKDM oleh individu tidak dikenali, jam 9.56 malam kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati pada jam 3.40 petang sepasukan penguat kuasa JKDM yang berpangkal­an di Lahad Datu diketuai Ketua

Kastam Daerah Lahad Datu bersama empat anggota bergerak ke perairan Semporna dengan menaiki bot Pemintas 103 untuk membuat risikan terhadap penyeludup­an minyak di perairan terbabit.

“Ketika menghampir­i Pulau Bohey Dulang, pasukan terbabit ternampak sebuah bot laju berukuran enam meter berwarna putih dan biru.

“Dianggarka­n terdapat tujuh individu didalamnya dan bot itu memecut laju dalam jarak satu kilometer dari bot pasukan penguat kuasa terbabit,” katanya.

Sabarudin berkata, bot penguat kuasa cuba memintas bot suspek, selain memasang Bacon Light dan membunyika­n siren.

 ??  ?? BOT JKDM yang ditembak suspek dalam insiden berbalas tembakan di perairan Semporna.
BOT JKDM yang ditembak suspek dalam insiden berbalas tembakan di perairan Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia