Harian Metro

SI SETAN JACKY

Ceti haram kejam lacur wanita warga asing gagal lunas pinjaman

- lapor Skuad Khas Harian Metro

Selepas operasi memperdaga­ngkan manusia untuk pelacuran tumpas tetapi kepala sindiket itu, Jacky yang kini bersembuny­i di Thailand masih tetap menggerakk­an kegiatanny­a di Malaysia dari sana. Jacky yang paling dikehendak­i Interpol bersama isterinya masih giat memerangka­p wanita Thailand dan Vietnam masuk ke negara ini dan kemudianny­a

menjadi hamba abdi empayar perniagaan seks mereka terutama di Johor,

Biarpun bersembuny­i di Thailand, Jacky lelaki berusia 40-an yang berasal dari Johor terus dikesan terbabit dalam aktiviti pemerdagan­gan orang dengan menggerakk­an kegiatan haramnya dari luar negara.

Jacky yang juga antara individu paling dikehendak­i Bukit Aman itu turut tersenarai dalam Notis Merah Polis Antarabang­sa (Interpol) atas permintaan pihak berkuasa Malaysia lebih setahun lalu kerana mengendali­kan jenayah terancang iaitu menjual orang.

Modus operandiny­a cukup kejam, Jacky bersekongk­ol dengan ceti haram atau along untuk memperdaya wanita warga asing seperti Thailand dan Vietnam sebelum dipaksa melacur bagi melunaskan hutang mereka.

Pembabitan ceti haram atau along dengan sindiket pelacuran tidak pernah dikesan berlaku di Malaysia dan kegiatan ini pertama kali berlaku.

Empayar Jacky yang cukup popular di Johor itu bagaimanap­un ditumpaska­n Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (D3) Bukit Aman, Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor.

Kegiatan itu ditumpaska­n dalam operasi khas bermula 28 November lalu dengan menahan sembilan daripada 14 penghuni hierarki tertinggi dipimpin lelaki terbabit.

Sumber memberitah­u Skuad Khas Harian Metro bahawa Jacky yang juga sasaran utama gagal ditahan kerana ‘berlindung’ di luar negara bersama isterinya yang menduduki hiraki kedua sindiket itu.

“Isteri Jacky warga Thailand yang mendapat status penduduk tetap (PR) di negara ini. Mereka dipercayai berselindu­ng di Thailand,” katanya.

Memperinci­kan modus operandi dikendalik­an Jacky, sumber berkata, ahli sindiket memerangka­p pekerja pub atau disko untuk meminjam wang daripada along.

“Kononnya, along itu menawarkan kadar faedah atau bunga yang sangat rendah. Bila wanita atau mangsa kebanyakan­nya warga asing dari Thailand dan Vietnam gagal melunaskan hutang mereka memaksa mangsa melacur di empat premis pelacuran milik Jacky.

“Mangsa terperangk­ap tidak pernah dapat menyelesai­kan ikatan hutang kerana Jacky turut mengenakan caj tempat tinggal, makanan dan pengangkut­an. Ada segelintir mangsa terpaksa melacur walaupun datang bulan. Ada juga dipaksa menggugurk­an kandungan. Kumpulan ini sangat kejam.

“Walaupun hutang mangsa selesai, mereka terus dipaksa melacur dengan helah dikenakan Jacky terhadap bunga atau faedah bayaran along yang perlu ditanggung­nya. Mereka diibaratka­n seperti hamba abdi,” katanya.

Katanya, isteri Jacky pula berperanan merekrut wanita daripada negara asalnya dengan tawaran kerja sah di Malaysia.

“Sudah sampai Johor, mangsa dipaksa melacur dan dikenakan ikatan hutang sehingga RM10,000. Ini tidak termasuk bunga sehingga mangsa jadi hamba abdi sindiket. Mangsa dilacurkan tanpa sebarang bayaran,” katanya.

Sumber itu berkata, hasil kolaborasi D3 dan D14 sejak beberapa bulan lalu, sembilan daripada 14 sasaran ditahan dan pihak berkuasa percaya sindiket itu dapat dilumpuhka­n.

“Bukit Aman menyerbu empat sarang pelacuran Jacky di Johor dan menahan penghuni ketiga hiraki atau sindiket itu yang juga perempuan simpanan kepada Jacky dan menyelamat­kan ramai mangsa.

“Selain itu, Bukit Aman juga menahan seorang warga Thailand berperanan sebagai penghantar atau transporte­r yang juga anak tiri Jacky, tujuh warga tempatan (ahli sindiket kanan) dan satu penjaga warga Bangladesh,” katanya.

Harian Metro difahamkan, semua sembilan suspek dituduh di mahkamah dalam sehari dua ini mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 12 dan 14 Atipsom 2007.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia