Harian Metro

DUA BUDAK HEBAT

Budak 12 tahun hasilkan buku kanak-kanak bahasa Inggeris terjual 600 naskhah

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Usianya baru 12 tahun tetapi memiliki bakat luar biasa dan bergelar penulis cilik apabila menghasilk­an buku kanak-kanak

berjudul Danial’s Diary: My Travel Adventure.

Lebih membanggak­an buku berbahasa Inggeris itu hasil penulisan Muhammad Danial Jazmi Alfian yang diulang cetak dua kali dan terjual sebanyak 600 naskhah sejak diterbitka­n Oktober tahun lalu.

Buku keduanya berjudul Danial’s Diary: My Super Duper Busy Life pula akan diterbitka­n penghujung tahun ini.

Kini Muhammad Danial Jazmi sibuk menulis buku ketiganya bertajuk Danial’s Diary: My Ramadan and

Syawal Experience dijangka diterbitka­n tahun hadapan.

Bakatnya dicungkil dan digilap oleh ibunya, Fatimah Rodhiah Mohd Yusof, 39, yang juga penulis serta penterjema­h sejak Muhammad Danial Jazmi berusia lapan tahun.

Muhammad Danial Jazmi berkata, buku Danial’s Diary: My Travel Adventure

menceritak­an pelbagai kisah

pelik, menarik, gembira, sedih, marah dan mengejutka­n sepanjang mengembara di dalam serta luar negara.

“Dalam buku ini saya turut menghasilk­an ilustrasi tempat menarik yang saya kunjungi ketika melancong di England, Australia, Thailand dan

Korea Selatan.

“Saya mahu kongsi pengalaman ini dengan pembaca menggunaka­n pendekatan tersendiri dan menarik yang sesuai sebagai bahan pembacaan kanak-kanak,” katanya.

Katanya, dia berminat menjadi penulis selepas tertarik melihat ibu dan rakan-rakannya menulis banyak buku.

“Sejak itu saya mengimpika­n nama saya tertera di hadapan kulit buku dan Alhamdulil­lah ia tercapai.

“Menulis buku adalah aktiviti yang berfaedah, menambah pengetahua­n dan meningkatk­an kreativiti berbanding bermain gajet tanpa kawalan,” katanya yang bercita-cita menjadi juruterban­g.

Menurutnya, dia sentiasa memanfaatk­an masa terluang dengan menulis buku termasuk ketika terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas.

“Lagi pun saya sentiasa membawa beg khas yang mengandung­i buku dan alat tulis untuk berkarya (menulis buku dan melukis).

“Walaupun jadual harian saya sangat padat dengan aktiviti di sekolah, kelas renang, bahasa Korea, mengaji dan latihan taekwando tetapi tetap memperuntu­kkan masa berkarya.

“Setiap hari saya akan menulis dan melukis sekurang-kurangnya dua muka surat. Rasa tidak lengkap jika sehari tidak berkarya,” katanya.

Sementara itu, Fatimah

Rodhiah berkata, buku ini idea asal Muhammad

Danial Jazmi dan dia bertindak sebagai penyunting yang menyemak fakta serta tatabahasa dalam penulisan anaknya selain melakukan proses lain sehingga penerbitan.

“Saya dan suami (Alfian Abd Rashid, 39) sentiasa memberikan sokongan kepada anak untuk berkarya.

“Rugi rasanya jika tidak memanfaatk­an bakat yang dianugerah­kan kepada anak dan saya akan membimbing­nya sehingga menjadi penulis yang banyak menulis buku,” katanya.

Sebab itu katanya, dia sanggup mengeluark­an perbelanja­an sendiri RM10,000 untuk menerbitka­n buku My

Travel Adventure.

“Alhamdulil­lah, maklum balas yang diterima daripada orang ramai sangat positif hinggakan ada ibu bapa mahu mendidik anak mereka mengikut jejak langkah Muhammad Danial Jazmi,” katanya.

Saya mahu kongsi pengalaman ini dengan pembaca menggunaka­n pendekatan tersendiri dan menarik yang sesuai sebagai bahan pembacaan kanak-kanak”

Muhammad Danial

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Danial di konti radio berkongsi pengalaman menulis buku My Travel Adventures.
MUHAMMAD Danial di konti radio berkongsi pengalaman menulis buku My Travel Adventures.
 ??  ?? DANIAL bersama ibunya, Fatimah.
DANIAL bersama ibunya, Fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia