Harian Metro

9 KONCO JACKIE DIDAKWA

Mereka dituduh sertai jenayah terancang, berdepan hukuman penjara tak kurang 5 tahun

- Oleh Mary Victoria Dass maryvictor­iadass@hmetro.com

Sembilan individu termasuk dua warga asing berusia 24 hingga 51 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Jackie di bandar raya ini.

Semua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 30 November 2017 hingga 28 November 2019.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jackie dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V(1), Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Semua sembilan tertuduh itu termasuk dua wanita tempatan, Fong Yan Ching, 34, dan Wong Yoke Moy, 51, serta warga Thailand, Arnon Boonrod, 26, dan warga Bangladesh, Md Jhaidul Islam, 31.

Lima lelaki tempatan turut didakwa iaitu Chong Jin Xiong, 24, Chang Soon Fah, 31, Wong Teck Kwang, 37, Go Boon Keong, 42, dan Tay Boon Soon, 47.

Tuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun namun tiada pengakuan direkodkan.

Sebahagian tertuduh didapati memiliki tatu di badan dan semua mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan dan memohon dibicaraka­n.

Beberapa ahli keluarga dan rakan tertuduh turut mengikuti prosiding.

Kamaruddin kemudian menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Kes dikendalik­an Timbalan

Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman dan Nadia Zulkefli manakala peguam bela, Abd Rahim Ali dan Jihad Syahida Nadia Zakaria mewakili Soon Fah, Boon Keong dan Teck Kwang manakala Mohd Ashram Zakaria mewakili Yoke Moy.

Tertuduh lain masih belum melantik peguam bela.

 ??  ??
 ??  ?? TUJUH lelaki serta dua warga asing yang didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jackie dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
TUJUH lelaki serta dua warga asing yang didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jackie dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia