Harian Metro

1.5 juta terjejas air berbau

LRA Sungai Semenyih ditutup agar proses rawatan guna CHP dilaksana

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Lebih 1.5 juta penduduk terjejas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akibat pencemaran bau sejak pagi kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian berkata, pihaknya menjangkak­an masalah air itu akan dapat dipulihkan dalam masa dua hingga tiga hari sekiranya indikator baharu berada pada paras sifar, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati bahan yang dibuang ke sungai adalah sisa kimia berjadual seperti minyak berwarna hitam dan bahan industri berbau di Bandar Bukit Mahkota, dekat sini.

“Operasi pembersiha­n sisa kimia sehingga paras bau mencapai bacaan ton sifar itu giat dijalankan sejak semalam (kelmarin) sebelum bekalan air dapat dilepaskan semula ke Sungai Semenyih untuk diproses di LRA.

“Pemantauan dan persampela­n itu dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) di Sungai Beranang dan sehingga jam 9.30 pagi tadi (semalam), paras bau mencapai ton sifar serta diharap berterusan bagi membolehka­n bekalan air disalurkan semula ke sungai berkenaan untuk diproses,” katanya ditemui di Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Bandar Bukit Mahkota, semalam.

Katanya, IWK dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memantau paras bau agar air yang disalurkan kepada pengguna mengikut piawaian ditetapkan.

Menurutnya, pihaknya berharap insiden pencemaran air ini tidak akan berulang lagi sehingga menjejaska­n banyak pihak.

“Kerajaan negeri sudah menghantar kertas kerja kepada Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) agar memasukkan bau sebagai piawaian baharu dalam penentuan bacaan kualiti air yang disalurkan kepada pengguna.

“Setakat ini, sebanyak 366 kawasan yang membabitka­n 336,930 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas akibat masalah pencemaran air ini,” katanya.

Pencemaran bau seakan-akan pelarut ini dikesan jam 7.50 pagi kelmarin sebelum pelepasan air dihentikan bagi membolehka­n proses rawatan menggunaka­n Catalyst Hydrogen Peroxide (CHP) dijalankan.

Kami jangka masalah air akan pulih dalam dua hingga tiga hari

sekiranya indikator baharu berada pada paras sifar

Hee Loy Sian

 ?? FOTO: AZHAR RAMLI ?? PENDUDUK, Mohd Fadzli Muskam, 46, menyusun tong dan bekas air susulan gangguan air akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih di Kampung Riching Hilir, Bangi.
FOTO: AZHAR RAMLI PENDUDUK, Mohd Fadzli Muskam, 46, menyusun tong dan bekas air susulan gangguan air akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih di Kampung Riching Hilir, Bangi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia