Harian Metro

Bantuan bekalan air kecemasan dihantar

-

Kuala Lumpur: Loji Rawatan Air

(LRA) Sungai Semenyih belum beroperasi sepenuhnya susulan insiden pencemaran bau sejak kelmarin.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumka­n hingga kini Indah Water Konsortium dan pelbagai agensi lain seperti Lembaga

Urus Air Selangor (Luas) giat membersihk­an lubang kumbahan berhampira­n loji rawatan kumbahan.

“Sehingga jam 6.30 pagi tadi (semalam), pencemaran bau berada di paras tiga ton dan LRA Sungai Semenyih belum boleh dioperasik­an sehingga bacaan mencapai paras sifar ton iaitu tiada langsung kesan pencemaran bau.

“Dalam perkembang­an lain, LRA Bukit Tampoi yang juga menerima sumber air mentah dari Sungai Semenyih dihentikan tugas jam 3.30 petang semalam (kelmarin),” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Katanya, pemberhent­ian tugas dua loji ini mengakibat­kan 366 kawasan dan 336,930 akaun terjejas iaitu meningkat daripada jumlah dinyatakan kelmarin.

Tambahnya, bantuan bekalan air kecemasan terus dipergiatk­an dan lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada pengguna serta premis kritikal dan kecemasan termasuk hospital.

“Selain itu, sebanyak 11 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili awam masih meneruskan operasinya 24 jam untuk membekalka­n air kepada pengguna.

“Air Selangor menjangkak­an tempoh pemulihan akan mengambil sedikit masa namun tindakan mempercepa­tkan proses pemulihan bekalan selepas loji kembali beroperasi giat dilakukan.

“Pengguna boleh merujuk aplikasi telefon bimbit, Facebook dan Instagram Air Selangor atau laman web www.airselango­r.com untuk maklumat yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia