Harian Metro

Polis buru dalang Geng Jackie

-

Johor Bahru: Polis masih memburu seorang lelaki berusia 40-an dipercayai ketua Geng Jackie yang mendalangi sindiket pelacuran di bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, sindiket diketuai seorang lelaki bernama Jackie dipercayai mengeksplo­itasi wanita pekerja asing untuk perkhidmat­an seks.

Beliau berkata, ketua geng berkenaan dan beberapa ahlinya dipercayai masih bebas dan polis berusaha menjejaki mereka.

Menurutnya, menerusi beberapa siri serbuan dilakukan anggota D3 Bukit Aman dan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor pada 28 November dan 1 Disember lalu ke atas kumpulan Geng Jackie, polis menahan beberapa individu termasuk dua warga asing.

Katanya, malah semalam, sembilan suspek turut dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi pertuduhan.

“Sindiket ini mula beroperasi pada 2013 di kawasan bandar raya ini dan mereka mengeksplo­itasi wanita warga asing.

“Mereka juga memaksa segelintir wanita berhutang dengan ceti haram dan apabila mangsa gagal melangsaik­an hutang, dipaksa membabitka­n diri dalam pelacuran,” katanya pada sidang media di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Katanya, hasil beberapa serbuan baru-baru ini, seramai sembilan individu berusia 24 hingga 51 tahun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjadi ahli

Geng Jackie.

Dua daripada mereka adalah lelaki warga asing serta dua wanita tempatan.

Turut didakwa, lima lelaki tempatan mengikut Seksyen 130V(1), Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

 ??  ?? DUA wanita antara sembilan didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
DUA wanita antara sembilan didakwa atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
 ??  ?? MD Yusof
MD Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia