Harian Metro

Nikmati pelepasan cukai RM8,000

Pendeposit SSPN layak rebut keistimewa­an sebelum 31 Disember

- Oleh Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang merangkumi SSPN-i dan SSPN-i Plus bukan sahaja dapat menabung demi masa depan anak, tetapi juga menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum sehingga RM8,000.

Itu antara keistimewa­an ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pendeposit yang harus direbut sebelum 31 Disember ini.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Perhubunga­n

Awam dan Pengurusan Majlis, Abdul Ghaffar Yusop, berkata, SSPN satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit.

“Kenaikan jumlah pelepasan taksiran cukai dari RM6,000 kepada RM8,000 itu diumumkan pada Bajet 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada November 2018.

“Syarat kelayakan bagi mendapat pelepasan taksiran cukai bagi SSPN-i dan SSPN-i Plus ini dikira berdasarka­n jumlah simpanan bersih tahun semasa.

“Simpanan bersih tahun semasa adalah jumlah simpanan dibuat dalam tahun semasa dan ditolak jumlah pengeluara­n di dalam tahun sama,” katanya pada sesi temu bual di Menara PTPTN.

Abdul Ghaffar memberi contoh, pendeposit mempunyai baki akaun pada tahun sebelumnya RM4,500 manakala pada tahun semasa, pendeposit membuat simpanan RM3,000 dan melakukan pengeluara­n RM1,000.

Justeru, pendeposit layak mendapat insentif pelepasan cukai ke atas simpanan bersih bagi tahun taksiran semasa RM2,000 (RM3,000 - RM1,000).

Tambahnya, selain pelepasan taksiran cukai, pendeposit juga memperoleh pelbagai kelebihan lain seperti dividen yang kompetitif, geran sepadan, perlindung­an takaful yang komprehens­if dan hadiah berjumlah RM1.1 juta dalam cabutan SSPN 2019.

“Kami galakkan pendeposit membuat simpanan secara konsisten menerusi potongan gaji atau bayaran melalui kad debit di samping tidak mengeluark­an simpanan sesuka hati.

“Semua kelebihan ditawarkan kepada pendeposit itu sebagai galakan kepada ibu bapa untuk menabung bagi simpanan pendidikan masa hadapan anak dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pinjaman PTPTN semata-mata.

“Pemikiran masyarakat harus diubah dan menjadikan simpanan perkara pertama dalam senarai perbelanja­an walaupun hanya RM1 sehari,” katanya.

Kini, ada 4.3 juta akaun baru dibuka dengan jumlah deposit keseluruha­n RM5.2 bilion.

Kunjungi 66 cawangan PTPTN di seluruh negara atau layari www.lovesspn.com untuk maklumat lanjut mengenai manfaat, pembukaan/ penambahan akaun SSPN dengan mudah.

Simpanan bersih tahun semasa adalah jumlah simpanan dibuat dalam tahun semasa dan ditolak jumlah pengeluara­n di dalam tahun sama”

Abdul Ghaffar Yusop

 ??  ?? SSPN satu-satunya produk simpanan memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit.
SSPN satu-satunya produk simpanan memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia