Harian Metro

Air mata berguguran rumah dibersih

-

Port Dickson: Tiga beranak yang menderita pelbagai penyakit serta tinggal di rumah tidak terurus terharu apabila dikunjungi sukarelawa­n yang membersihk­an rumah mereka di Rumah Rakyat Linggi di sini, kelmarin.

Pemilik rumah, Wahid Omar, 61, berkata, dia menghidap darah tinggi dan kencing manis dan tinggal bersama isteri, Azizah Salleh, 65, yang juga menderita kencing manis, darah tinggi serta masalah buah pinggang, manakala anak tunggal, Fairuuz Amin, 18, pula menhadapi masalah kulit kronik.

“Kami sekeluarga terharu atas kesudian sukarelawa­n datang membersihk­an kawasan luar rumah yang semak dan turut membersihk­an dalam rumah.

“Jasa sukarelawa­n daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) dan pelajar Kolej Cosmopoint Seremban terlalu besar bagi kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Pensyarah Cosmopoint, Norain Khamis berkata, seramai 12 penuntut dan tiga pensyarah kolej berkenaan menyertai aktiviti khidmat masyarakat itu.

“Kami berminat untuk bersama Perkasih N9 bergotong-royong membersihk­an rumah keluarga yang menghidap masalah kesihatan ini.

“Setiap semester, penuntut kami daripada pelbagai jurusan akan melakukan aktiviti kemasyarak­atan bagi melengkapk­an pembelajar­an di Cosmopoint dan ia sebagai pendedahan kepada mereka apabila keluar dari kolej nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perkasih N9, Norfadilah Mansor berkata, keluarga itu termasuk dalam senarai keluarga asnaf yang memerlukan bantuan kerana mereka sekeluarga tidak mampu bekerja.

“Keluarga itu hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 dan Baitulmal RM250 sebulan.

“Difahamkan, mereka juga menghadapi masalah tunggakan bil elektrik dan air mencecah RM400 dan masalah pendawaian elektrik yang perlu dibaik pulih,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH (dua dari kiri) sebak dengan keprihatin­an sukarelawa­n datang membantu membersih rumahnya.
AZIZAH (dua dari kiri) sebak dengan keprihatin­an sukarelawa­n datang membantu membersih rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia