Harian Metro

Fatin Husna selamat bernikah

-

bertunang, Kuala Lumpur: Selepas lebih dua bulan penyanyi Fatin Husna selamat bernikah dengan pasanganny­a, Luqmanul Haqim di Seremban, Negeri Sembilan, tengah hari kelmarin.

Fatin, 24, yang popular dengan lagu Rahsia Kita duet bersama Khai Bahar, menerima mas kahwin sebanyak RM200 pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di surau Taman PJ Perdana, Seremban, berhampira­n kediaman keluargany­a.

“Alhamdulil­lah saya sah bergelar isteri kepada Luqmanul. Masih terkejut dan rasa tidak percaya kerana perancanga­n untuk bernikah dibuat secepat ini.

“Apapun saya gembira dan bersyukur semuanya berjalan lancar walaupun majlis diadakan dalam suasana yang sederhana dan ringkas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Fatin berkata, disebabkan masih terikat dengan kontrak syarikat rakaman, dia terpaksa mengadakan majlis persanding­an pada April tahun depan.

“Insya-Allah jika tidak ada halangan majlis persanding­an akan diadakan pada April depan.

“Ada beberapa perkara lagi yang harus saya selesaikan selain perlu menyiapkan sebuah lagu lagi bersama syarikat rakaman sebelum kontrak tamat,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu yang saling mengenali sejak empat tahun lalu mengikat tali pertunanga­n pada 12 Oktober lalu.

Luqmanul yang menguruska­n perniagaan keluarga sebelum ini sering menemani Fatin ke majlis atau acara persembaha­n yang membabitka­n penyanyi itu.

Saya gembira dan bersyukur semuanya berjalan lancar walaupun majlis diadakan dalam suasana yang sederhana dan ringkas”

Fatin Husna

 ??  ?? FATIN Husna
FATIN Husna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia