Harian Metro

Bersedia mendepani cabaran

Keadaan ekonomi global diramal lebih mencabar dan tidak menentu, yang turut memberi kesan kepada ekonomi domestik. Selain itu, suhu politik tempatan pada tahun depan juga dijangka lebih panas.

-

Kira-kira seminggu lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 2020. Mengikut perancanga­n asal kerajaan, menjelang 2020 nanti, negara kita sepatutnya mencapai status sebagai sebuah negara maju melalui Wawasan 2020. Namun, akibat masalah tertentu, perancanga­n yang dirancang tidak menjadi kenyataan dan tertangguh sehinggala­h kerajaan melancarka­n gagasan baharu, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Dalam pada menanti kedatangan tahun baharu 2020, andai disoroti, pelbagai cabaran dihadapi rakyat dan negara sepanjang 2019 ini yang dilihat cukup mencabar dan benar-benar menguji kesabaran dan kecekalan.

Betapa tidak, sepanjang tahun ini, banyak peristiwa, kejadian dan isu yang berlaku sama ada di peringkat domestik mahupun serantau dan antarabang­sa yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan rakyat dan negara kita secara keseluruha­n. Dijangkaka­n, cabaran lebih besar mungkin menanti pada 2020.

Di peringkat domestik sepanjang 2019, banyak peristiwa dan kejadian luar jangka yang berlaku sama ada membabitka­n politik, ekonomi mahupun sosial. Antaranya, isu perpaduan kaum, ketidakten­tuan landskap politik, ancaman gerakan pengganas dan subversif serta banyak lagi.

Pada 2020 pula, keadaan ekonomi global diramal lebih mencabar dan tidak menentu, yang turut memberi kesan kepada ekonomi domestik. Selain itu, suhu politik tempatan pada tahun depan juga dijangka lebih panas termasuk isu berkaitan peralihan kuasa kepemimpin­an tertinggi negara.

Itu serba-sedikit isu yang berkisar dalam negara, belum lagi isu di peringkat serantau dan antarabang­sa seperti hubungan Malaysia dengan negara seperti India, China, Arab Saudi dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, pascakejay­aan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang turut dihadiri beberapa ketua negara dari Qatar, Iran dan Turki, Arab Saudi dikhabarka­n berkecil hati dengan Malaysia konon dikatakan mahu menubuhkan blok baharu membabitka­n negara Islam.

Selain itu, India juga dikhabarka­n meminta Malaysia khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencampuri urusan dalaman negara itu lantaran kelantanga­n dan ketegasan Dr Mahathir membangkit­kan pelbagai isu kemanusiaa­n dan ummah sejagat di pentas antarabang­sa.

Manakala dengan

China, Malaysia turut membangkit­kan mengenai kekejaman dan penindasan pentadbira­n negara itu terhadap etnik minoriti Islam Uyghur di Wilayah Xinjiang.

Sebagai negara perdaganga­n, Malaysia bergantung kepada hubungan dagang dan ekonomi dengan negara lain di seluruh dunia. Justeru, sebarang masalah membabitka­n perdaganga­n luar pasti memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan negara.

Itu antara cabaran yang mungkin terpaksa dihadapi sepanjang 2020. Sama ada suka atau tidak, itulah realiti terpaksa dilalui demi kelangsung­an kehidupan. Pendek kata, selagi hidup, selagi itulah kita perlu mendepanin­ya.

Semoga kita terus cekal dan tabah mengharung­i segala cabaran yang mendatang. Lain orang, lain cabarannya sama ada mereka itu orang politik, peniaga, pesara, penganggur, masih bekerja mahupun yang diberhenti­kan kerja.

Kerajaan melancarka­n gagasan baharu, Wawasan Kemakmuran

Bersama 2030

>>Penulis Pengarang Berita, Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia