Harian Metro

Hidup jadi tenang

Syubhah adalah kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram

-

Islam menetapkan peraturan jelas setiap perkara yang dihalalkan dan dilarang agama.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud: “Sesungguhn­ya halal itu jelas dan haram itu jelas dan perkara yang berada antara halal dan haram itu adalah perkara syubhah yang tidak ramai manusia mengetahui­nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarka­n hadis itu, timbul satu istilah disebut sebagai syubhah atau mutasyabih­ah.

Perkataan syubhah berasal daripada bahasa Arab dan kini sudahpun diterima sebagai perbendaha­raan kata dalam bahasa Melayu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan syubhah dimaksudka­n sebagai kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram.

Itulah antara perkara yang perlu difahami oleh masyarakat pada hari ini.

Abu Hamid Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din mentakrifk­an syubhah sebagai perkara yang samar-samar disebabkan berlakunya pertembung­an antara dua pegangan yang timbul daripada dua bukti atau sebab.

Justeru, antara sebab yang menjadikan sesuatu perkara itu dikategori­kan sebagai syubhah apabila wujudnya pertembung­an pandangan berdasarka­n pembuktian tersendiri.

Hal itu antara yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari tentang punca syubhah.

Kebiasaann­ya syubhah membabitka­n perkara yang isunya baru timbul pada masa kini.

Orang awam memahami syubhah apabila membabitka­n makanan dan minuman. Sememangny­a makanan yang halal dalam Islam adalah jelas, begitu juga sebaliknya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan daripada (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembeli­hnya, padahal Allah telah menerangka­n satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. Dan sesungguhn­ya kebanyakan manusia hendak menyesatka­n dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarka­n pengetahua­n. Sesungguhn­ya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-An’am, ayat 119)

Bagi kita yang berada di bumi bertuah Malaysia, perkara halal dan haram membabitka­n makanan dan minuman diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa agama.

Logo halal yang diletakkan pada pembungkus makanan atau minuman amat membantu umat Islam untuk memastikan status halal sesuatu produk makanan.

Namun, perkara syubhah juga boleh berlaku dalam kelolaan sesuatu makanan.

Contohnya, apabila daging yang disembelih oleh orang Islam dan bukan Islam bercampur, maka daging yang bercampur itu termasuk dalam perkara syubhah kerana terdapat keraguan.

Selain makanan dan minuman, perkara syubhah juga boleh berlaku membabitka­n pekerjaan tertentu.

Seseorang yang bekerja sebagai juruelektr­ik boleh terjebak dalam perkara syubhah apabila tugasnya ada pergi ke tempat maksiat yang sememangny­a dikenal pasti.

Sekiranya perkara seperti itu dapat dielakkan, ia amat perlu diberi keutamaan kerana rezeki yang diterima nanti dibimbangi termasuk dalam kategori syubhah.

Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan penceroboh­an…” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

Islam menggesa umatnya meninggalk­an perkara syubhah dalam kehidupan. Meskipun perkara syubhah tidak termasuk dalam perkara haram, ia boleh menjerumus­kan seseorang kepada perkara yang diharamkan.

Sebab itu, antara tanda warak dalam diri seseorang apabila dia meninggalk­an perkara syubhah supaya hidup lebih tenang dan diberkati Ilahi.

>>Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia