Harian Metro

Rahmat menangis ketika baca ayat al-Quran

-

Boleh jelaskan hukum menangis ketika membaca al-Quran terutamany­a ketika sedang solat?

Menangis adalah salah satu rahmat yang dicampakka­n oleh Allah SWT ke dalam jantung hati hamba-Nya yang beriman.

Ia lambang kesucian jiwa, ketulusan hati serta zahir sifat khasyiatul­lah seorang hamba.

Dalam satu hadis yang diriwayatk­an oleh Anas bin Malik RA, beliau menceritak­an, ketika anakanda Rasulullah SAW bernama Ibrahim meninggal dunia, berlinangl­ah kedua-dua mata Baginda SAW. Lalu Abd Al-Rahman bin Auf berkata: “Kamu juga menangis wahai Rasulullah?” Maka jawab Rasulullah

SAW yang bermaksud: “Wahai anak lelaki ‘Auf, sesungguhn­ya ia (tangisan) itu merupakan suatu rahmat.” (Riwayat Al-Bukhari - 1303)

Perbuatan menangis ketika membaca al-Quran pula adalah sifat golongan salaf serta syiar hamba Allah yang soleh.

Dalam satu hadis yang diriwayatk­an oleh Sa’d bin Abu Waqqas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya al-Quran ini turun dengan kesedihan. Maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu menangis. Sekiranya kamu tidak menangis hendaklah kamu buat-buat menangis.” (Riwayat Ibn Majah - 1337)

Demikian juga terdapat sebuah atsar yang menyebutka­n secara khusus akan perbuatan menangis ketika membaca ayat al-Quran di dalam solat.

Ini seperti yang disebutkan oleh Abdullah bin Syaddad, beliau berkata, maksudnya: “Aku mendengar tangisan teresakesa­k Umar bin Al-Khattab dalam keadaan aku pada ketika itu berada di saf yang terakhir dalam solat Subuh. Beliau ketika itu membaca ayat daripada surah Yusuf, maksudnya: Sesungguhn­ya aku mengadu kesedihan dan dukacitaku kepada Allah.” (Lihat Syu’ab Al-Iman, Al-Baihaqi - 3/414)

Berkenaan cara menghadirk­an perasaan sedih dalam pembacaan al-Quran, berikut kami kongsikan kata-kata Imam AlNawawi Rahimahull­ah:

Cara untuk mendapatka­nnya (tangisan) adalah dengan menghadirk­an perasaan sedih di dalam hati dengan cara meneliti apa yang terdapat di dalam al-Quran daripada ancaman serta amaran yang keras. Begitu juga (dia mengingati) perjanjian (antara dirinya dengan Allah SWT) dan memikirkan secara mendalam kekurangan­nya dalam hal berkenaan. Sekiranya dia tidak mampu menghadirk­an perasaan dukacita dan tangisan sebagaiman­a yang berlaku kepada golongan Al-Khawaas, maka hendaklah dia menangis atas ketidakmam­puannya (dalam menghadirk­annya) kerana hal itu adalah antara sebesarbes­ar musibah. (Rujuk Al-Tibyan

fi Adab Hamalat Al-Quran, Al-Nawawi - halaman 90)

Beliau juga menyebutka­n kata-kata Hujjat Al-Islam, AlGhazali Rahimahull­ah: Menangis itu dituntut berserta dengan bacaan al-Quran dan juga ketika (dibacakan) al-Quran.

Kesimpulan­nya, kami menyatakan hukum menangis ketika membaca al-Quran adalah dibenarkan.

Bagaimanap­un, perlu dijelaskan bahawa dalam mazhab Syafi’e, sekiranya perbuatan menangis di dalam solat itu nyata mengeluark­an sebutan dua huruf sama ada memiliki makna atau tidak, atau satu huruf tetapi memiliki makna seperti qi yang bermaksud peliharala­h, maka batallah solatnya.

Jika tidak jelas sebutan dua hurufnya, maka tidak batal solat seseorang itu.

>>Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia