Harian Metro

Kawalan harga 19 jenis barangan

KPDNHEP kuat kuasa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas bermula semalam hingga 31 Disember ini

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad am@hmetro.com.my

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menguatkua­sakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2019 (SHMMP Krismas) bermula semalam hingga 31 Disember ini.

Tempoh penguatkua­saan skim itu dilaksanak­an selama 10 hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari pada hari perayaan dan enam hari selepas perayaan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perdaganga­n Dalam Negeri) KPDNHEP Dr Alauddin Sidal berkata, sebanyak 19 jenis barangan dikawal harga membabitka­n kategori ayam, telur ayam, sayur-sayuran, daging kambing dan daging babi bagi pelaksanaa­n skim tahun ini.

“Ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihka­n berserta kaki, kepala, hati dan pedal atau mana-mana bahagianny­a, ayam super (disembelih dan dibersihka­n tanpa kaki, kepala, hati dan pedal).

“Selain itu, ayam tua hidup (harga maksimum di Sarawak saja), ayam Belanda import, kepak ayam (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan saja), daging kambing tempatan bertulang (harga

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan selain gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu”

Dr Alauddin Sidal

maksimum di Semenanjun­g saja).

“Daging kambing import bertulang atau biri-biri import bertulang, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji),” katanya dalam sidang media selepas pemeriksaa­n skim itu di pasar raya My Hero Hypermarke­t di pusat membeli-belah Berjaya Times Square, di sini, semalam.

Beliau berkata, selain itu ubi kentang import (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), cili merah, tomato, lada benggala hijau, babi hidup (kawalan di peringkat ladang saja), daging babi (perut) harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan saja) serta daging babi (daging dan lemak) (harga maksimum di Sabah, Sarawak dan Labuan saja turut termasuk dalam pelaksanaa­n skim ini.

Dr Alauddin berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan selain gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu.

“Peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“Jika didapati melakukan kesalahan mencatut, pesalah boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Manakala, bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pula, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” katanya.

 ??  ?? DR Alauddin (dua dari kanan) memeriksa harga barangan sempena musim perayaan di pasar raya My Hero Hypermarke­t di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini, semalam.
DR Alauddin (dua dari kanan) memeriksa harga barangan sempena musim perayaan di pasar raya My Hero Hypermarke­t di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia