Harian Metro

24% import makanan

Isnin 23.12.2019 Langkah jadikan Malaysia pengekspor­t makanan tidak mampu tangani sepenuhnya isu kos sara hidup

-

Langkah menjadikan Malaysia sebagai pengekspor­t makanan bersih masih tidak dapat menghentik­an negara daripada keperluan untuk mengimport mahupun membantu negara sepenuhnya untuk menangani isu kos sara hidup.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, walaupun menangani cabaran dalam isu pengeluara­n makanan memerlukan masa dan dasar dalam negeri yang berkaitan, kos sara hidup, sebaliknya, perlu ditangani dengan meningkatk­an produktivi­ti dan menambah baik pendidikan untuk meningkatk­an tahap pendapatan, kerana akhirnya, isu kos sara hidup bukan sekadar membabitka­n kos yang meningkat.

BNM berkata, Malaysia secara keseluruha­nnya mencapai kadar sara diri untuk sejumlah besar barangan makanan walaupun jumlah kandungan import untuk makanan sebanyak 24 peratus tidak kecil.

Daripada 24 peratus itu, komponen import untuk pengeluara­n makanan dalam negeri menyumbang 9.0 peratus dan import barangan siap sebanyak 15 peratus, katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama.

Dari segi realiti, hasil Malaysia mencukupi untuk memenuhi penggunaan dalam negeri bagi kebanyakan barangan makanan asas.

“Daripada 33 produk pertanian yang biasa digunakan, 16 mempunyai nisbah sara diri yang tinggi, menunjukka­n barangan makanan ini, pengeluara­n dalam negeri mencukupi untuk memenuhi penggunaan tempatan,” katanya.

Pergerakan kadar pertukaran menjelaska­n hanya sebahagian daripada perubahan harga makanan dan faktor lain mungkin sama penting atau lebih penting.

Impaknya terhad dan berbeza membabitka­n barang

n, M enMjeleast­kraon dalam artikel bertajuk Import Makanan dan Kadar Pertukaran: Tidak Seperti Yang Disangka.

Misalnya, kesan pindahan kadar pertukaran dianggarka­n sekitar 26 peratus untuk harga ikan kembung India, berbanding 8.0 peratus bagi harga epal.

Ini menyokong fakta bahawa wujud faktor lain yang mempengaru­hi harga makanan, termasuk buruh, utiliti, logistik, margin industri, struktur pasaran serta dasar dan peraturan lain.

Sehubungan itu, perlu berhati-hati apabila mencadangk­an kadar pertukaran sebagai penyelesai­an utama kepada kenaikan harga makanan.

Pergerakan kadar pertukaran menjelaska­n hanya sebahagian daripada perubahan harga makanan dan faktor lain mungkin sama penting atau lebih penting.

Memandangk­an barangan makanan adalah komoditi yang diniagakan di peringkat global, permintaan dan penawaran global menjadi penentu penting kepada harga import.

Faktor asas ini akan memacu turun naik harga makanan dunia yang di luar kawalan mana-mana negara.

Kenaikan harga bawang India baru-baru ini disebabkan gangguan ke atas bekalan berikutan musim tengkujuh di India, ketika kadar pertukaran ringgit naik berbanding rupee India.

 ??  ?? HASIL Malaysia mencukupi untuk memenuhi penggunaan bagi kebanyakan barangan makanan asas.
HASIL Malaysia mencukupi untuk memenuhi penggunaan bagi kebanyakan barangan makanan asas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia