Harian Metro

IATA hantar surat kepada Menteri Pengangkut­an

-

Kuala Lumpur: Penggabung­an Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) bukan pilihan yang paling berkesan dalam menangani isu penarafan keselamata­n udara Malaysia daripada Kategori 1 kepada Kategori 2.

Naib Presiden Serantau Asia Pasifik Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA), Conrad Clifford dalam suratnya kepada Menteri Pengangkut­an (MOT), Anthony Loke berkata, perubahan dalam struktur dan proses Mavcom boleh memberi impak negatif terhadap prestasi masa depannya yang tidak akan memberi kesan lebih baik kepada sektor penerbanga­n di Malaysia.

Beliau turut menggesa MOT dan Kabinet mempertimb­ang semula keputusan untuk membubarka­n Mavcom dan sekiranya kerajaan Malaysia tetap memutuskan usaha penggabung­an itu, kebebasan peraturan ekonomi dalam CAAM perlu dipastikan.

“Sebagai contoh, menerusi usaha dalam menyesuaik­an strukturny­a, objektif dan kuasa CAAM perlu diiktiraf seperti Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam United Kingdom.

“Kami juga mengambil maklum bahawa akan ada pasukan petugas yang berperanan meneliti syarat penggabung­an serta bersedia untuk membantu dan menyokong pasukan petugas berkenaan,” katanya dalam surat bertarikh 20 Disember lalu.

Mengulas

lanjut, Clifford berkata, sejak penubuhan Mavcom pada 2016, suruhanjay­a itu mencapai banyak hasil yang positif dalam meningkatk­an sektor penerbanga­n di Malaysia.

Menurutnya, status Mavcom sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial yang bebas memainkan peranan penting bagi memastikan segala usaha untuk meraih pencapaian itu.

“Usaha ini termasuk penubuhan

Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia pada 2016 yang turut disemak semula pada tahun ini, yang menyediaka­n rangka kerja yang jelas mengenai hak penumpang udara di Malaysia.

“Malah, selama ini juga Mavcom membangun serta menjalanka­n perundinga­n dengan pihak berkepenti­ngan termasuk IATA mengenai rangka kerja peraturan ekonomi tarif oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang semakin hampir dimuktamad­kan,” katanya.

Katanya, penting untuk mempunyai pengawal selia ekonomi bebas untuk industri penerbanga­n kerana ia dapat menggalakk­an amalan terbaik dan membantu kepimpinan serta bebas daripada sebarang kepentinga­n konflik.

“Dengan adanya Mavcom, Malaysia dapat berada bersama negara seperti India, Australia, New Zealand, Ireland, Afrika Selatan, Itali dan Perancis dalam memastikan pertumbuha­n industri penerbanga­n melalui pengatur ekonomi bebas,” katanya.

Mavcom ditubuhkan pada

tahun 2016

 ??  ?? MAVCOM mencapai banyak hasil positif dalam meningkatk­an sektor penerbanga­n di Malaysia sejak penubuhann­ya.
MAVCOM mencapai banyak hasil positif dalam meningkatk­an sektor penerbanga­n di Malaysia sejak penubuhann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia