Harian Metro

Grand Senheng ke-19 di Pulau Pinang

-

Kuala Lumpur: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd melalui jenama Senheng terus mengukuhka­n namanya sebagai antara rangkaian kedai barangan elektrik terbesar di Malaysia melalui pembukaan Grand Senheng di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, Golden Triangle Grand Senheng adalah cawangan Senheng yang pertama di negeri itu dan ke-19 di seluruh negara.

“Pembukaan cawangan ini menandakan komitmen Senheng

dalam menyediaka­n pengalaman membeli-belah berbeza kepada pengguna dan memastikan aktiviti membeli-belah di kedai atau secara dalam talian serta mudah alih sentiasa selaras dengan pilihan pembelian pengguna,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Cawangan Grand Senheng itu menawarkan kepelbagai­an barangan elektrik dan elektronik daripada jenama berlainan termasuk Samsung, Huawei, Panasonic, LG, Sharp, Sony, Electrolux,

Hitachi, Philips, Toshiba, Aeon dan AIG.

Konsep Grand Senheng Megastore menandakan usaha Senheng dalam meningkatk­an pengalaman beli-belah secara menyeluruh dengan menyediaka­n lebih banyak pilihan dan produk berjenama berkualiti tinggi.

Senheng berkata, ahli Senheng PlusOne dapat menikmati pelbagai manfaat seperti jaminan tambahan, harga istimewa untuk ahli, penghantar­an percuma, ganjaran dan mata penebusan, hari ahli serta baucar tunai.

“Kami juga menawarkan perkhidmat­an canggih melalui aplikasi mudah alih Senheng yang membolehka­n pelanggan menguruska­n dompet digital (e-dompet), resit dan e-baucar,” katanya.

Sempena pembukaan rasmi, Golden Triangle Grand Senheng menyediaka­n pelbagai promosi hebat seperti rebat EZ Kredit hingga 40 peratus dan pelbagai perkakasan elektronik kecil ditawarkan pada harga RM10 seunit (stok adalah terhad).

 ??  ?? PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng terbaharu, Golden Triangle Grand Senheng di Pulau Pinang.
PEMBUKAAN cawangan Grand Senheng terbaharu, Golden Triangle Grand Senheng di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia