Harian Metro

Sindrom Drakula

Kanak-kanak hidap penyakit ganjil kulit melecur, tubuh bengkak jika terkena cahaya matahari

-

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Panzhihua, Sichuan, menghidap penyakit ganjil sehingga digelar sindrom ‘Drakula’ kerana kulitnya akan melecur teruk dan tubuh bengkak jika terkena cahaya matahari.

Doktor berjaya mengesan keganjilan penyakit dihidapi Xiao Luo, 12, itu selepas kesihatann­ya mula merosot pada Jun lalu, selepas dia sakit perut teruk dan darah keluar dari hidung, mulut serta mata.

Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, ujian genetik mendapati kanak-kanak itu menghidap Porphyrias, penyakit yang dikaitkan dengan puntianak atau Drakula.

Red Star News melaporkan, keadaan itu memaksa kanak-kanak terbabit berhenti sekolah.

Ibunya, Tang Guiju berkata, anaknya menunjukka­n simptom ketika kecil, namun doktor ketika itu menganggap ia sebagai penyakit kulit.

“Saya pernah menyaksika­n filem puntianak. Apabila doktor memberitah­u anak menghidap penyakit itu, sukar untuk menerima kenyataan.

“Anak saya tidak menghisap darah,” katanya.

Menurut Tang, keluargany­a kini berdepan masalah kewangan selepas menghabisk­an kira-kira 80,000 yuan (RM47,269) untuk rawatan Xiao Luo sejak Jun lalu dan perlu membayar 1,500 yuan (RM886) sehari untuk penjagaan perubatan. “Saya tidak akan menyerah kalah dan berharap orang ramai menghulurk­an bantuan,” katanya.

Keadaan Xiao Luo yang sudah beberapa kali menjalani pemindahan darah, dikatakan serius kerana hati rosak, jangkitan paru-paru manakala sel darah turut rendah.

Apabila doktor memberitah­u anak hidap penyakit itu, sukar untuk terima kenyataan

Tang Guiju

 ??  ?? XIAO Luo menghidap penyakit Drakula yang jarang berlaku dan tidak boleh terkena cahaya matahari.
XIAO Luo menghidap penyakit Drakula yang jarang berlaku dan tidak boleh terkena cahaya matahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia