Harian Metro

Arah Han rogol wanita Uyghur

Berselindu­ng di sebalik perkahwina­n China didakwa secara sistematik mahu hapus identiti etnik

-

Amalan ‘rogol besar-besaran’ terhadap wanita etnik Uyghur di Xinjiang menjadi pendedahan terbaru mengenai penderaan dikenakan pihak berkuasa China terhadap etnik minoriti Islam itu dengan alasan untuk perpaduan etnik.

Bulan lalu, beberapa media Barat melaporkan lelaki China etnik Han diarah mengawasi rumah wanita Uyghur yang suami mereka ditahan pihak berkuasa.

Laporan rogol besar-besaran itu muncul selepas seorang pegawai kerajaan China memberi temuramah dengan Radio Free Asia mengesahka­n wujudnya program dikenali sebagai ‘Dijodohkan dan Menjadi Keluarga.’

Menurut laporan news.com.au, lelaki etnik Han diarah tinggal dan tidur sekatil dengan wanita Uyghur melalui program itu yang menurut kerajaan China, bertujuan ‘mempromosi­kan perpaduan etnik.’

Namun, menurut aktivis Uyghur, Rushan Abbas, yang anggota keluargany­a ditahan di Xinjiang sejak lebih setahun lalu, ia adalah rogol sistematik yang dilaksanak­an kerajaan China bagi menghapusk­an identiti etnik itu.

“Ia rogol besar-besaran. Kerajaan menawarkan wang, rumah dan pekerjaan kepada lelaki Han untuk datang dan ‘berkahwin’ dengan wanita Uyghur.

“Wanita Uyghur atau keluarga mereka tidak boleh menolak perkahwina­n itu kerana jika menolak, akan dianggap sebagai pelampau Islam kerana enggan mengahwini ateis Han. Mereka tiada pilihan.

“Sudah bertahun lelaki Han yang berselindu­ng di sebalik perkahwina­n itu, merogol wanita Uyghur. Ia hanya disedari media kira-kira setahun lalu,” katanya kepada news.com.au.

Bulan lalu, pegawai kerajaan China itu memberitah­u Radio Free Asia, program berkenaan bagi ‘membantu keluarga Uyghur dengan ideologi, membawa idea baru, berbincang mengenai kehidupan bagi mewujudkan perasaan antara satu sama lain.’

“Biasanya seorang atau dua tidur sekatil tetapi jika cuaca sejuk, tiga orang tidur bersama. Sekarang dianggap normal jika wanita tidur bersama dengan ‘saudara lelaki’ pasangan mereka,” kata pegawai itu.

Menurutnya, mereka mendakwa wanita tidur satu meter jauhnya dari ‘saudara lelaki’ berkenaan yang sebenarnya adalah pegawai Parti Komunis serta tidak pernah mengambil kesempatan.

Namun, menurut Rushan, semua itu adalah pembohonga­n kerana ramai wanita Uyghur hamil.

Kekerasan dan kekejaman terhadap etnik Uyghur sudah berlaku sejak berdekad lalu, namun ia memuncak mendadak ketika pemerintah­an Xi Jinping.

Kerajaan Xi berusaha membantera­s amalan agama di China dan Islam menjadi sasaran utama. Apa yang berlaku terhadap etnik Uyghur di Xinjiang ialah kerana Islamofobi­a.

Apa yang berlaku terhadap etnik Uyghur

di Xinjiang ialah kerana Islamofobi­a

 ??  ?? WANITA Uyghur di Xinjiang meratapi ahli keluarga yang ditahan pihak berkuasa China ketika satu protes pada Julai 2009. - Fail (Agensi)
WANITA Uyghur di Xinjiang meratapi ahli keluarga yang ditahan pihak berkuasa China ketika satu protes pada Julai 2009. - Fail (Agensi)
 ??  ?? RUSHAN
RUSHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia