Harian Metro

Tiga sebab utama bantah akta kerakyatan anti-Islam

- - Agensi

New Delhi: Sudah seminggu ribuan rakyat India menunjuk perasaan membantah undang-undang baru kerakyatan yang dianggap ‘anti-Islam’ dan sehingga semalam, 23 terbunuh akibat ditembak pihak berkuasa.

Semalam, sembilan lagi mati ditembak polis di Uttar Pradesh.

Undang-undang itu bagi memberi kerakyatan kepada penganut Hindu, Parsi, Sikh, Buddha, Jain dan Kristian, kecuali Islam dari Bangladesh, Pakistan atau Afghanista­n yang datang ke India sebelum 31 Disember 2014.

Pembangkan­g menegaskan undang-undang itu adalah diskrimina­si, malah dipersetuj­ui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bantahan besar-besaran di seluruh negara mempunyai pelbagai sebab, antaranya tiga sebab utama: Pendatang asing

Di negeri Assam, utara India, yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh, Myanmar dan China, pendudukny­a membantah kerana menggalakk­an penganut Hindu dan Bangladesh datang ke negeri itu.

Enam terbunuh di negeri itu dengan orang ramai membakar bangunan dan stesen kereta api.

Penduduk bimbang kehadiran pendatang akan menjejaska­n pendapatan mereka, mengancam bahasa, budaya dan tradisi.

Selain itu, kira-kira dua juta penduduk yang sudah berdekad tinggal di negara itu kini menghadapi kemungkina­n dihalau melalui operasi pendaftara­n yang bertujuan mengusir pendatang tanpa izin, terutama dari Bangladesh.

Penduduk Islam sudah pasti akan disingkirk­an melalui undang-undang baru itu.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Tripura.

Diskrimina­si terhadap Muslim

Sebab kedua, undang-undang itu dianggap rakyat Islam, terutama pelajar Islam sebagai usaha Perdana Menteri Narenda Modi mengecilka­n jumlah 200 juta penduduk Islam berbanding penduduk Hindu. Sejak undang-undang itu diluluskan pada 12 Disember, ribuan rakyat Islam menunjuk perasaan, terutama pelajar universiti, termasuk Jamia Millia Islamia (JMI) di New Delhi dan Aligarh Muslim University (AMU) di Uttar Pradesh.

Minggu lalu, polis menyerbu dua universiti, membelasah pelajar menyebabka­n lebih 100 cedera. Rakaman video menunjukka­n polis menceroboh ke dalam perpustaka­an dan masjid JMI.

Solidariti

Sebab ketiga ialah kemarahan yang bertukar menjadi simpati berikutan tindakan polis menyerbu dan membelasah pelajar serta pensyarah di JMI dan AMU.

Sebaik video dan gambar kejadian itu tersebar di media sosial, ribuan pelajar menyertai tunjuk perasaan di seluruh negara.

Bantahan solidariti diadakan di hampir 20 bandar dan bandar raya seluruh India, termasuk New Delhi, Mumbai, Ahmedabad dan Thiruvanan­thapuram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia