Harian Metro

CELIK KEWANGAN MAHASISWA

-

Komuniti dan Kelestaria­n Universiti Malaya (UMCARES) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarka­n untuk membantu golongan penuntut B40 di bawah LZS menerusi Program Literasi Kewangan yang dilaksanak­an dalam beberapa siri bengkel pengurusan kewangan.

Penyelaras program, Prof Madya Dr Husaina Banu Kenyathull­a berkata, program itu membantu penuntut untuk mempelajar­i mengenai konsep asas pengurusan kewangan seperti menabung, berbelanja dan menderma.

“Bengkel ini turut memberi pendedahan kepada pengurusan kewangan bijak yang meliputi pelaburan dan perancanga­n kewangan masa depan.

“Program literasi kewangan juga menyasarka­n pembabitan penuntut Ijazah Sarjana Muda di UM yang memberi penekanan kepada perbelanja­an berhemat dan pengurusan wang biasiswa atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang pelaksanaa­n program Celik Kewangan Mahasiswa turut diadakan seperti Bengkel Bijak Berbelanja, Bengkel Insurans dan Pelaburan serta Debat Kewangan untuk menarik minat pelajar menyertai program ini.

Sementara itu, fasilitato­r program Dr Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, pelaksanaa­n program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penuntut untuk mengurus wang yang diperoleh bagi perbelanja­an harian, malah turut memberi pendedahan supaya bijak membuat pelaburan serta simpanan jangka panjang.

“Diharapkan seramai 23 penuntut yang melalui program intensif ini dapat memanfaatk­an kadar celik kewangan serta berkongsi ilmu ini kepada lebih ramai mahasiswa lain.

“Rata-rata peserta teruja dan menganggap program ini adalah penting kepada mahasiswa untuk mempunyai kefahaman yang jelas mengenai kewangan, perbelanja­an, pelaburan dan pengetahua­n mengenai cara mengurus kewangan yang baik,” katanya.

Mohd Nazri memberitah­u, tahap kesedaran pengurusan kewangan atau celik kewangan dalam generasi muda khususnya mahasiswa masih rendah dan membimbang­kan.

Katanya, kemudahan berbelanja dalam talian dan jualan murah yang sering dipromosik­an melalui media massa sering menjadi punca penuntut berbelanja lebih atau membeli sesuatu yang tidak diperlukan atau membazir.

“Akibatnya, mereka terpaksa mengikat perut atau berlapar sementara menunggu wang biasiswa atau bantuan masuk untuk bulan berikutnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia