Harian Metro

BERLARI SAMBIL BERSONGKET

5,000 sertai larian lima kilometer Internatio­nal Songket Run 2.0

- Oleh Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor melalui Jabatan Student and Career Developmen­t (SCD) mengambil inisiatif menganjurk­an Internatio­nal Songket Run 2.0 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada warga MSU dan komuniti mengenai kepentinga­n menghargai warisan songket merangkumi pakaian, kraf tangan dan budaya.

Penganjura­n edisi kedua larian itu turut bermatlama­t untuk menyokong Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) merangkumi pelaksanaa­n tujuh belas matlamat bagi pembanguna­n manusia sejagat.

Larian meliputi jarak sejauh lima kilometer di sekitar Seksyen 13, Shah Alam bermula dan berakhir di kampus MSU itu disertai 5,000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan bangsa termasuk penuntut antarabang­sa yang mengenakan pelbagai motif busana songket.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri

Norashikin berkenan menyempurn­akan perasmian larian berkenaan.

Turut hadir ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU dan Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid,

Penganjura­n Internatio­nal Songket Run 2.0 turut mencatat sejarah apabila disenaraik­an dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai The Largest Participat­ion In A Songket Running Event dengan jumlah peserta seramai 4,868 orang.

Pengiktira­fan itu juga kesinambun­gan kepada pencapaian pada tahun lalu apabila MSU turut memperoleh rekod MBR berkaitan songket iaitu The Largest Number of People Wearing or Having Songket Elements As Part of Their Dressing yang disertai 4,878 peserta.

Pencapaian kali ini menjadikan rekod ke-36 MSU dalam MBR dan institusi pengajian tinggi paling banyak tersenarai dalam MBR.

Selain itu, acara turut mendapat kerjasama rakan industri MSU dalam bentuk penajaan strategik larian seperti MSU Medical Centre,

LAC Medical, Alfana Studio, Spritzer BonRica, Noor Arfa dan Malaysian Songket.

 ??  ?? PESERTA teruja memulakan larian.
PESERTA teruja memulakan larian.
 ??  ?? SEORANG peserta melakukan larian dengan memakai songket.
SEORANG peserta melakukan larian dengan memakai songket.
 ??  ?? ACARA meriah dengan senamrobik selepas larian.
ACARA meriah dengan senamrobik selepas larian.
 ??  ?? PESERTA menunjukka­n pingat yang diperoleh selepas tamat larian.
PESERTA menunjukka­n pingat yang diperoleh selepas tamat larian.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l oleh penuntut menarik perhatian.
PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l oleh penuntut menarik perhatian.
 ??  ?? MOHD SHUKRI (dua kiri) bersama Junainah (kiri) menerima rekod MBR daripada wakil MBR.
MOHD SHUKRI (dua kiri) bersama Junainah (kiri) menerima rekod MBR daripada wakil MBR.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia