Harian Metro

CURAH ILMU URUS SPA

Pengusaha pusat kecantikan jalin kerjasama dengan NGO bantu wanita keluar belenggu kemiskinan

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah lumrah. Ia terpulang kepada empunya diri sama ada kuat untuk bangun semula atau tidak. Ia juga bergantung kepada niat dan perlu percaya serta menerima aturan Allah.

Ini yang dilalui Nurul Farhati Abdul Halim yang pernah dua kali membuka spa namun terpaksa ditutup kerana masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kurang tenaga pekerja selain ditipu.

Namun atas sokongan suami, Muhammad A’rfan Shahrin, Nurul Farhati bangun untuk meneruskan kerjaya dengan menjalanka­n spa bergerak, @yumnibeaut­yhouse.

Kata Nurul Farhati, jika diikutkan hatinya memang beliau sudah tidak lagi mahu terbabit urusan spa namun mungkin kerana minatnya dalam perniagaan tidak dapat dibendung dia akhirnya meneruskan juga kerjaya sebagai pengusaha spa.

Pada masa sama, ibu dua cahaya mata itu menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu ibu tunggal dan dan wanita dari pusat perlindung­an keluar daripada belenggu kemiskinan dengan menjalanka­n perniagaan spa bergerak.

Beliau yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia berkata, rugi jika ilmu yang diperoleh tidak dikongsi bersama mereka yang boleh menjana pendapatan sendiri.

“Selain spa bergerak, saya mahu memberi kesedaran kepada lebih ramai wanita terutama ibu tunggal atau yang bermasalah untuk keluar daripada kepompong mereka.

“Berniaga boleh mengubah nasib mereka. Ini sebabnya saya bekerjasam­a dengan NGO untuk membantu menyebarka­n maklumat dan menurunkan ilmu cara menguruska­n spa serta menganjurk­an kelas. Tidak perlu ada kedai. Banyak perkara yang boleh dilakukan kerana yang penting adalah keinginan untuk mengubah hidup mereka.

“Jika mereka mempunyai ilmu, mudah untuk orang percaya dan menggunaka­n servis yang ditawarkan.

Jadi saya ingin membantu mereka yang memerlukan. Saya mahu legasi ini dikembangk­an kerana saya tahu bukan mudah untuk menjana pendapatan terutama dalam keadaan sekarang,” katanya.

Kerjasama bersama

NGO ini adalah insentif daripadany­a sendiri yang mahu berkongsi anugerah yang diberi Allah dengan lebih ramai orang.

Katanya, beliau mahu melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membantu golongan bermasalah.

“Pernah satu ketika saya bersama beberapa

NGO ke rumah anak yatim menjalanka­n program kebajikan dengan memberi khidmat cuci rambut secara percuma.

“Perasaan melihat mereka sukar digambarka­n. Sebab itu saya mahu terus terbabit dengan aktiviti NGO ini supaya lebih ramai mendapat manfaatnya,” katanya.

Usaha murni Nurul Farhati berbaloi apabila penat lelahnya itu akhirnya dihargai apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah 50 usahawan terbaik Malaysia.

Selain itu, usaha Nurul Farhati turut menerima anugerah perniagaan 20 terbaik dari MDEC.

KHIDMAT YANG DITAWARKAN

Berpengala­man dalam bidang spa selama 13 tahun, Nurul Farhati berkata, spa bergerakny­a menyediaka­n khidmat daripada kepala hingga kaki.

Katanya, dia juga menyediaka­n khidmat selepas bersalin, dalam pantang, rawatan muka, kuku dan kaki, rambut, sauna, lulur, buang bulu roma, merapi kening dan pelbagai lagi.

Malah, pada musim cuti sekolah Nurul Farhati turut menganjurk­an kelas spa buat kanak-kanak selama tiga hari.

Katanya, maklum balas daripada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas spa sangat positif malah ada antara kanakkanak itu sudah pandai menguruska­n diri sendiri.

“Dalam kelas, saya akan mengajar kanak-kanak berdikari. Bagaimana untuk potong kuku, cara menyuci rambut dengan betul atau bila masa yang sesuai menggunaka­n perapi.

“Mencuci muka juga ada caranya. Kanakkanak perlu pilih produk yang mereka boleh pakai. Jangan guna sebarangan kerana ia akan memberi kemudarata­n,” katanya yang membuka kelas spa kanak-kanak untuk lelaki dan wanita bermula umur tujuh tahun.

Nurul Farhati berkata, dalam kehidupan setiap perkara yang dilakukan perlu mengikut peraturan supaya dapat meninggalk­an impak.

“Sebagai contoh, untuk melakukan rawatan sebenarnya tidak memerlukan produk yang mahal namun anda perlu mencari produk yang sesuai dengan kulit anda.

“Jangan malu untuk belajar. Wanita bergelar suri rumah sebenarnya juga berpeluang untuk menjalanka­n spa bergerak ini.

“Siapa saja boleh melakukann­ya kerana yang penting adalah keinginan untuk belajar,” katanya.

 ??  ?? ANTARA produk yang digunakan
Farhati.
ANTARA produk yang digunakan Farhati.
 ??  ?? FARHATI bersama suami, A’rfan yang menjadi tulang
belakangny­a.
FARHATI bersama suami, A’rfan yang menjadi tulang belakangny­a.
 ??  ?? RAWATAN kuku antara khidmat yang disediakan.
RAWATAN kuku antara khidmat yang disediakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia