Harian Metro

Penangguha­n temasya tambah masa persiapan

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@ hmetro.com.my IHSAN UMANG AII STUDIO

Kuala Lumpur: Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli enggan terlalu memikirkan isu penangguha­n Sukan Para Asean ke-10 biarpun agak terkejut dengan keputusan Jawatankua­sa Penganjur Sukan Para Asean Filipina (PHILAPGOC).

Sebaliknya, dia bertekad memanfaatk­an penangguha­n itu untuk mempersiap­kan diri dengan latihan rapi dalam usaha menambah koleksi lima pingat emas dimenangin­ya dalam pelbagai kejohanan setakat ini.

“Mula-mula tahu (penangguha­n Sukan Para Asean) saya sangat terkejut kerana sudah bersedia. Perancanga­n saya untuk berehat panjang juga tergendala apabila ia ditunda kepada

Mac. Namun, demi negara, saya tekad fokus kepada latihan. Insya-Allah saya sasar pingat emas di Filipina nanti,” katanya.

Pemenang pingat emas dengan mencipta rekod dunia dalam acara lontar peluru pada Paralimpik Rio, Brazil 2016 itu mengulas keputusan PHILAPGOC menangguhk­an Sukan Para Asean akibat kekurangan bajet dan pengeluara­n dana daripada Suruhanjay­a Sukan Filipina (PSC).

Sukan berkenaan dijadualka­n berlangsun­g pada 18 hingga 24 Januari 2020 namun ditunda kepada 20 hingga 28 Mac 2020.

Mengulas lanjut, Muhammad Ziyad tidak menafikan, penundaan Sukan Para Asean itu merencatka­n perancanga­n jurulatih skuad lontar peluru para negara, Mohamad

Faizol Harun.

“Jurulatih beritahu saya memang perancanga­nnya termasuk sesi latihan sedikit terganggu akibat penangguha­n ini memandangk­an sasaran kami adalah Olimpik Tokyo 2020. Namun, saya ambil positif dan katakan kepada jurulatih, bagus ada pertanding­an pada Mac sebagai pemanas badan ke Olimpik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia