Harian Metro

TSC ungguli TdS

Raih empat jersi sekaligus muncul pasukan terbaik keseluruha­n

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Team Sapura Cycling (TSC) meraih semua empat jersi utama yang dipertandi­ngkan di Tour de Selangor (TdS) 2019 yang berakhir semalam.

Pelumbanya dari Australia, Marcus Culey meraih tiga jersi bagi kategori individu (kuning), pecut (hijau) dan bukit (merah), manakala rakan sepasukan, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dinobatkan pemenang jersi putih selaku pelumba muda terbaik.

Culey mengumpul 15 jam 24 minit 13 saat untuk menjuarai jersi kuning, meninggalk­an pemenang tempat kedua, Loic Desriac dari Perancis yang mewakili Bikelife Dong Nai dengan perbezaan 9:53s.

“Ia perlumbaan yang bagus walaupun tidak menang peringkat terakhir. Tidak pernah saya menang empat peringkat,” jelas Culey.

Kejayaan itu membuktika­n ketiadaan ayam tambatan TSC musim lalu, Benjamin

Dyball yang juga pemenang jersi kuning Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 tidak menimbulka­n masalah besar kepada pasukan benua negara itu.

TSC turut unggul sebagai pasukan terbaik keseluruha­n dari 18 pasukan yang bertanding pada edisi kedua TdS.

Bagaimanap­un, pesta TSC sedikit terjejas apabila pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh meraih kemenangan Peringkat 5 dari Klang ke Shah Alam.

Pakar pecut yang dikenali sebagai Mamat itu membuktika­n kemampuan apabila menamatkan perlumbaan berakhir dalam kelompok besar di Dataran Kemerdekaa­n sejauh 87.7 kilometer dengan masa 1.58:27s.

“Syukur saya mampu menang dengan kerja dan usaha keras rakan sepasukan. Ia kemenangan yang manis terutamany­a abang (Zamri) kembali berlumba bersama selepas dia berehat dan mengalami masalah jantung sebelum ini,” katanya.

Tempat kedua Peringkat 5 diraih Zamri, manakala Shafrifat Nandamulya dari PGN Road Cycling Team ketiga.

TSG sekat hasrat TSC raih

kemenangan peringkat kelima

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia