Harian Metro

Kalau nak, bayarlah...!

Bukan percuma, MSN letak tanda harga buat pelatih AMD mulai tahun depan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Semuanya ada harga dan bukan percuma. Mungkin itu yang mahu disampaika­n Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Justeru, mulai tahun depan, MSN akan meletakkan tanda harga kepada pemain muda terbabit dan mana-mana pasukan atau kelab tempatan serta luar negara yang berminat terhadap pelatih AMD, mereka perlu membayar sejumlah wang.

Perkara terbabit disahkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mengaku soal itu sudah dibincangk­an dan akan dilaksanak­an mengikut garis panduan ditetapkan.

Ia sekali gus bermakna, pasukan atau kelab tidak lagi boleh mengadakan perbincang­an secara terus dengan pelatih atau keluarga mereka sebaliknya perlu melalui pengurusan akademi terlebih dulu.

Beliau berkata, harga yang diletakkan itu bertujuan memastikan AMD

mempunyai dana tambahan untuk merangka lebih banyak program pembanguna­n akar umbi selain menambah beberapa keperluan di akademi berkenaan.

“Kami sudah bincang dan bentangkan di mana ada skema yang disediakan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) bagi pemain pembanguna­n ini... ia bukan harga jualan pemain tetapi insentif pampasan kepada akademi.

“Sebelum ini mereka lebih banyak berurusan dengan ibu bapa dan keluarga untuk mendapatka­n pemain tetapi kini ia perlu melalui akademi.

“Insentif ini adalah satu pampasan bagi akademi yang berusaha membangunk­an pemain dan ia akan digunakan sebaik-baiknya untuk membangunk­an pemain baharu pula,” katanya ketika ditemui pada final Piala Supermokh, kelmarin.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan kos melahirkan pemain berkualiti seperti pelatih di AMD mencecah RM250,000 setiap seorang namun ada pasukan membayar jumlah yang tidak setimpal menerusi kontrak bersama ibu bapa.

Malah, pasukan yang sudah mengikat kontrak bersama pemain muda itu membuat untung atas angin dengan meletakkan tanda harga bernilai jutaan ringgit jika ada kelab mahu mengambil mereka pada masa akan datang.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata, harga yang akan dikenakan nanti bergantung kepada ketetapan FIFA, namun berjanji ia tidak membebanka­n pasukan atau kelab.

“Kami tidak mahu menetapkan harga yang terlalu tinggi kerana perkara penting adalah pelatih dapat kembangkan bakat mereka ke peringkat lebih tinggi termasuk bermain bersama pasukan tempatan atau luar negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia