Harian Metro

Projek Hospital Lawas tidak sakit

-

Kuching: Tindakan menggambar­kan Projek Hospital Lawas sakit dan tergendala adalah tidak betul sama sekali.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, seperti ditegaskan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ia tidak boleh dikategori­kan sebagai ‘projek sakit’ kerana proses tendernya, terutama bagi memilih kontraktor berkelayak­an, belum dilakukan.

Malah katanya, projek ini belum dapat dilaksanak­an kerana tiada pihak pelaksana, justeru bagaimana ia boleh dikategori­kan sebagai ‘projek sakit’.

Menjelas lanjut, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, ia sepatutnya berada dalam peringkat tender sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tahun lalu, namun statusnya tidak diketahui selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Pusat sehinggala­h kerajaan PH mengumumka­n akan meneruskan pembinaann­ya dan dilancarka­n oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian pada Sabtu lalu.

“Kita berterima kasih kerana projek itu diteruskan namun berharap ia dilaksana dan disiapkan seperti dijanjikan.

“Pada masa sama harapan lebih besar rakyat Sarawak ialah supaya kesemua janji dibuat PH Sarawak dalam Manifesto PRU-14 juga perlu ditunaikan segera terutama janji memberikan royalti minyak 20 peratus dan 50 peratus pendapatan cukai dikembalik­an kepada Sarawak,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menyentuh sekolah daif, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ia dimulakan kerajaan terdahulu, malah peruntukan lebih besar diberikan bagi tujuan itu berbanding bajet diperuntuk­kan di bawah kerajaan PH.

Katanya sejumlah RM1 bilion diberikan kerajaan terdahulu untuk sekolah daif di Sarawak sahaja, berbanding peruntukan RM783 juta untuk sekolah daif di seluruh negara seperti diumum kerajaan PH.

Malah demi mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek membina dan membaik pulih sekolah daif di Sarawak, beliau berkata, kerajaan negeri sanggup membayar pendahulua­n RM350 juta seperti diminta kerajaan Persekutua­n sebagai kontra bayaran pinjaman RM1 bilion kepada kerajaan Persekutua­n.

Pada awalnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menawarkan pinjaman RM1 bilion kepada kerajaan Persekutua­n bagi tujuan berkenaan supaya usaha membina dan membaik pulih sekolah daif disegeraka­n, sebelum kerajaan Persekutua­n meminta RM1 bilion itu sebagai bayaran pinjaman secara kontra.

“Justeru adalah diharapkan kerajaan Persekutua­n mempercepa­tkan projek membina dan membaik pulih sekolah daif di seluruh Sarawak,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia