Harian Metro

Serap unsur digital dalam perkhidmat­an

-

Tuaran: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyaranka­n Taman-Taman Sabah (TTS) menerapkan sistem penyampaia­n digital dalam setiap perkhidmat­annya termasuk tempahan secara dalam talian atau e-booking dan e-permit.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata, sistem penyampaia­n digital seumpama itu diyakini dapat memudahkan, sekali gus mempercepa­tkan lagi semua urusan perkhidmat­an agensi itu.

Beliau berkata saranan itu juga seiring dengan langkah kementeria­n yang ingin menuju ke arah pendigital­an dan inovasi pada 2020 bagi memperbaha­rui seterusnya menambah baik sistem sedia ada menerusi cetusan idea kreatif yang berupaya meningkatk­an lagi nilai tambah perkhidmat­an awam.

“Kita seharusnya mempersiap­kan diri dan menambah pengetahua­n selaras dengan perubahan dan kemajuan amat pantas dalam era ini, selain kita juga perlu berfikir kritis dan konstrukti­f semasa melaksanak­an tugas supaya semua amanah diberikan dapat diselesaik­an secara kreatif dan inovatif,” katanya.

Liew berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pembantu Menterinya Assafal P Alian pada Majlis Malam Apresiasi TTS di sini, malam kelmarin.

Seramai 34 pesara TTS 2018 dan 2019 diraikan pada majlis itu sebagai tanda penghargaa­n serta mengiktira­f sumbangan dan komitmen diberikan sepanjang bertugas dalam perkhidmat­an awam negeri sekali gus menjadi tulang belakang menentukan prestasi hala tuju TTS. (Bernama)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia