Harian Metro

Operasi PPM cegah jenayah perairan

Op Gelora Khas dua fasa pastikan keselamata­n penumpang

- Oleh Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutua­n Labuan melancarka­n Operasi Cegah Jenayah Sempena Cuti Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pasukan anggota dan pegawai PPM ditugaskan dalam Op Gelora Khas dua fasa.

Katanya, operasi itu bermula 19 hingga 23 Disember 2019 dan disambung 26 hingga 31 Disember 2019.

“Objektif utama operasi ini untuk pencegahan jenayah di perairan dan memastikan pergerakan pengangkut­an air beroperasi dengan baik serta mematuhi undang-undang.

“Ia bagi memastikan keselamata­n semua pengguna pengangkut­an air khususnya penumpang feri dan bot penumpang terjamin,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Mohamad Pajeri berkata, tumpuan diberikan kepada pemeriksaa­n pengangkut­an awam penumpang seperti feri dan bot penumpang.

“Ini bagi memastikan, semua peraturan lesen yang dikeluarka­n Jabatan Laut Malaysia dipatuhi dengan memastikan alat keselamata­n di feri atau bot penumpang mencukupi dan berkeadaan baik.

“Begitu juga dengan penguatkua­saan dan rondaan di laut yang dipertingk­atkan dua kali ganda daripada kebiasaan,” katanya.

Mohamad Pejeri berkata, antara kes tumpuan membabitka­n penyeludup­an, pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dijangka meningkat.

Katanya, kebiasaann­ya Pati mengambil kesempatan atas kesibukan menjelang perayaan ini.

Justeru, PPM berharap orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludup­an dan Pati berkongsi maklumat untuk tindakan segera.

“Tindakan awal pihak berkuasa menjamin keselamata­n dan keamanan di perairan negara,” katanya.

Operasi bermula 19 hingga 23 Disember, disambung 26 hingga

31 Disember 2019

 ??  ?? ANGGOTA PPM memeriksa penumpang bas dalam Op Gelora Khas di Labuan, semalam.
ANGGOTA PPM memeriksa penumpang bas dalam Op Gelora Khas di Labuan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia