Harian Metro

150CERIA KEMBALI KE SEKOLAH

150 murid dari enam sekolah dibawa beli keperluan ke sekolah dalam program TKHM 2019

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

Keriangan terpancar pada wajah 150 murid dari enam sekolah kebangsaan di daerah ini yang dibawa membeli keperluan sekolah sempena program Titipan Kasih Harian Metro 2019 (TKHM 2019) Kembali ke Sekolah bersama DRB-HICOM di sini, semalam.

Penerima terdiri daripada anak golongan berpendapa­tan rendah, anak yatim dan asnaf yang berpeluang mendapatka­n barangan keperluan sekolah bernilai RM120 seorang di Pasaraya Tesco, Cheng.

Enam sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Melekek yang dipilih

menjadi tuan rumah, SK Simpang Empat, SK Ayer Pa’abas, SK Sungai Buloh, SK Pegoh dan SK Cherana

Puteh.

Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein berkata, program tanggungja­wab sosial (CSR) akhbar Harian Metro (HM) yang diadakan di Melaka itu adalah sebahagian daripada TKHM bagi tahun ini.

“TKHM Kembali Ke Sekolah ini ditaja oleh DRB-HICOM. Seramai 150 murid dari enam sekolah diberikan peruntukan RM120 seorang untuk membeli kelengkapa­n persekolah­an.

“Murid ini dipilih daripada golongan B40 iaitu keluarga berpendapa­tan rendah dan anak yatim untuk disantuni pada program ini bagi

memberikan mereka merasai kegembiraa­n memulakan sesi persekolah­an,” katanya ditemui pada program berkenaan di SK Melekek, semalam.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Mahmood Razak, Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SK Melekek, Nor Aslina Kamarudin, Pengarang Eksekutif (Berita dan Digital) HM, Noorsham Md Salleh dan Pengarang Eksekutif (Komersial) HM merangkap Pengerusi Jawatankua­sa TKHM, Husain Jahit.

Tuan Asri berkata, pihaknya berterima kasih kepada DRB-HICOM dan semua penaja yang bekerjasam­a dengan HM dalam menganjurk­an program amal kali ini.

Sementara itu, Mahmood berkata, pihaknya akan terus menganjurk­an pelbagai program CSR untuk membantu golongan memerlukan sebagai cara untuk berkongsi rezeki diperoleh syarikat itu.

“DRB-HICOM berharap sumbangan diberikan dapat meringanka­n beban ditanggung golongan memerlukan dan ia sebagai cara berkongsi rezeki.

“Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan HM dalam program amal lain pada masa depan dan CSR sentiasa dijadikan kewajipan bagi membantu golongan memerlukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TUAN Asri dan Mahmood bersama wakil guru dan murid pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Melekek.
TUAN Asri dan Mahmood bersama wakil guru dan murid pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Melekek.
 ??  ?? MURID memilih baju sekolah yang sesuai pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah.
MURID memilih baju sekolah yang sesuai pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah.
 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN Harian Metro menyusun kelengkapa­n sekolah yang dibeli.
KAKITANGAN Harian Metro menyusun kelengkapa­n sekolah yang dibeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia