Harian Metro

AIR BUSUK LAGI!

Dalang buang minyak dalam pembetung IWK diburu pihak LUAS

- Ekhwan Haque Fazlul Haque

Pencemaran bau akibat pembuangan haram sisa kimia berjadual menjejaska­n lebih 1.5 juta penduduk apabila Loji Rawatan

Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi. Lurang kumbahan yang tersorok dipercayai memudahkan pihak tertentu mengambil jalan pintas melupuskan bahan industri mengakibat­kan pengguna terputus bekalan air bersih buat kali ketiga tahun ini, lapor

Kerja pembersiha­n dan penyedutan bahan yang disyaki sisa bahan terjadual itu mula dilakukan pada jam 4 petang oleh pihak IWK, menggunaka­n dua lori tangki berkapasit­i lima meter padu”

Lembaga Urus Air Selangor

Limpahan minyak kehitaman dikesan pada satu daripada pembetung dalam jaringan sistem pembetunga­n di Bandar Bukit Mahkota.

Ia susulan siasatan yang dijalankan terhadap sistem berkenaan ekoran pencemaran air Sungai Semenyih yang menyebabka­n dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam satu kenyataan berkata, selepas mengesan pencemaran berpunca daripada loji rawatan kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) Bukit Mahkota, pihak berkenaan menghentik­an pelepasan air serta melaksanak­an rawatan menggunaka­n hidrogen peroksida kristal (CHP) pada jam 1 tengah hari kelmarin.

Katanya, selepas mengesan pencemaran di satu pembetung di Bandar Bukit Mahkota pula, kerja pembersiha­n dijalankan.

“Kerja pembersiha­n dan penyedutan bahan yang disyaki sisa bahan terjadual itu mula dilakukan pada jam 4 petang oleh pihak IWK, menggunaka­n dua lori tangki berkapasit­i lima meter padu.

“Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) juga mengarahka­n intervensi segera pihak IWK untuk meneruskan kerja pembersiha­n dan penyedutan sisa itu supaya implikasi pencemaran dikurangka­n dan bekalan air terawat disalurkan semula dengan kadar segera.

“Activated carbon juga disediakan oleh Luas dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan di takat pelepasan akhir LRK ke sungai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan sama berkata, pemantauan dan pensampela­n dijalankan di Sungai Beranang dan sekitar Persiaran Mahkota 2 dan sehingga jam 12.30 tengah malam tadi, bau sebanyak 3 ton masih dikesan di Sungai Beranang, selepas LRK terbabit manakala bau sebanyak 2 ton masih dikesan di muka sauk loji di Jenderam Hilir.

Katanya, Luas dan semua pihak terbabit berusaha menangani insiden berkenaan dengan segera serta mengenal pasti dalang kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGERUSI Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian (kanan) melihat saluran pembetunga­n yang tercemar di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
MINYAK kehitaman dalam sistem pembetunga­n IWK mengakibat­kan arahan henti tugas di dua Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.
PENGERUSI Jawatankua­sa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hee Loy Sian (kanan) melihat saluran pembetunga­n yang tercemar di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam. MINYAK kehitaman dalam sistem pembetunga­n IWK mengakibat­kan arahan henti tugas di dua Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia