Harian Metro

‘Makan’ ikut perut

Guru Kafa depani cabaran getir jaga suami, bapa derita penyakit kronik

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Seorang guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa) terpaksa meniti hidup dalam kesusahan apabila suami dan bapanya terlantar akibat penyakit kronik sejak tahun lalu.

Che Puteh Saleh, 37, berkata, suaminya Khairul Amri Ahmad, 46, terlantar akibat strok serta komplikasi batu karang dan memerlukan penjagaan rapi termasuk memberi makan melalui tiub di perut.

Penyakit suaminya dikesan pada Oktober tahun lalu selepas terkena serangan strok pada bahagian badan sebelah kiri sebelum disahkan doktor turut menghadapi masalah batu karang kronik.

“Apabila terkena serangan strok Oktober tahun lalu, saya membawanya mendapatka­n rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tapi semasa rawatan air kencing suami saya turut bercampur darah.

“Imbasan mendapati batu karang pada bahagian pinggang kanan dan kiri selain batu dalam saluran hempedu dan hati. Doktor tidak menjalanka­n pembedahan kerana risiko terlalu tinggi dengan keadaannya yang lemah,” katanya ketika ditemui di Kampung Changkat Nering, Padang Pusing.

Ibu kepada seorang anak ini mengakui, setiap bulan suaminya menjalani rawatan tambah darah di HSB dan ditahan di wad. Suaminya kini bergantung kepada susu khas selain lampin pakai buang.

“Bapa saya (Saleh Saman, 88) juga terlantar sakit tua sejak empat bulan lalu, dia juga perlu memakai lampin pakai buang.

“Setiap hari menjadi rutin saya memandikan mereka, memberi makan dan menukar lampin pakai buang sebelum pergi kerja.

“Saya buntu kerana hujung tahun ini bekalan susu daripada bahagian kebajikan sosial HSB akan tamat. Harganya RM44 untuk 400 gram dan hanya tahan sehari manakala lampin pakai buang pula saya perlu belanjakan hampir RM300 sebulan.

“Dengan gaji saya hanya RM1,000 sebulan memang tak cukup. Saya hanya mengharapk­an bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan serta ihsan saudara-mara dan kenalan yang datang menghulurk­an bantuan,” katanya.

Bagaimanap­un, penderitaa­n keluarga ini sedikit terubat apabila mendapat perhatian Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB) Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurk­an bantuan barangan keperluan suami dan bapa Che Puteh serta wang tunai.

Dengan gaji saya hanya RM1,000 sebulan memang

tak cukup

Che Puteh

 ??  ?? CHE Puteh (tengah) memberi susu melalui tiub khas di bahagian perut suaminya, Khairul Amri yang terlantar di rumahnya di Kampung Changkat Nering sambil diperhatik­an Rukiza.
CHE Puteh (tengah) memberi susu melalui tiub khas di bahagian perut suaminya, Khairul Amri yang terlantar di rumahnya di Kampung Changkat Nering sambil diperhatik­an Rukiza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia