Harian Metro

TERBINA MAHLIGAI KASIH

Fara, Kamal disatukan sebagai suami isteri pada majlis pernikahan Jumaat lalu

- Oleh Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Detik perkenalan mereka bermula ketika samasama terbabit dengan persembaha­n nyanyian di Terengganu, tiga tahun lalu.

Namun, pertemuan semula pada Mac tahun ini terus membuahkan bibit cinta antara penyanyi Fara Hezel dan ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddi­n, 24, sekali gus mengikat tali pertunanga­n pada 6 Julai lalu.

Pada 20 Disember pula, Fara dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada majlis pernikahan yang berlangsun­g di Dewan Eksklusif Strand Mall, Petaling Jaya, jam 3.32 petang, Jumaat lalu.

Pasangan itu selamat dinikahkan bapa Fara,

Yusri Ishak dengan dua kali lafaz disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwina­n, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahka­n mas kahwin RM400 dan wang hantaran RM20,000 serta sembilan dulang hantaran dibalas sebelas oleh pihak perempuan.

Menurut kakak penyanyi popular Aiman Tino itu, dia memilih Kamal yang juga penyanyi kerana memiliki kriteria yang dicari sebagai suami.

“Saya tidak suka lelaki yang cakap banyak dan yang penting beriman.

“Kami saling memahami kerana meminati bidang sama iaitu nyanyian,” katanya.

Bagi Kamal pula, Fara juga memenuhi kriteria untuk dijadikan isterinya.

“Sebenarnya, saya berkawan rapat dengan adik Fara yang juga penyanyi Aiman Tino serta mengenali ibu bapanya terlebih dulu.

“Namun, selepas mengenali Fara, saya terus tertarik untuk mengambiln­ya sebagai isteri.

“Fara seorang yang manja, comel, lemah lembut serta menghormat­i orang lain,” katanya.

BULAN MADU DI PULAU MALDIVES

Selepas berkahwin, kata penyanyi lagu

Setiaku Pasti itu, dia akan meneruskan karier nyanyian seperti biasa.

Menurut Fara, dia juga bakal muncul dengan single duet bersama Kamal yang menceritak­an kisah cinta mereka.

“Lagu duet itu ciptaan ayah dan liriknya oleh Kamal,” katanya.

Ditanya bulan madu pula, kata Fara, antara destinasi pilihan yang dirancang ialah percutian di Pulau Maldives.

“Buat masa ini, kami mahu menyelesai­kan majlis resepsi perkahwina­n dulu termasuk sebelah pihak lelaki.

“Soal anak pula, saya berasal daripada keluarga yang besar dan memiliki 11 beradik.

“Namun, saya merancang mahu tiga anak saja nanti,” katanya.

Majlis resepsi mereka berlangsun­g di DewanKuala­Kubu Baru, Selangor, Sabtu lalu dan disusuli majlis sebelah pihak lelaki di Terengganu pada 28 Disember ini.

 ??  ?? KAMAL menyarung cincin di jari Fara.
SAH bergelar
suami isteri.
FARA pada majlis pernikahan.
KAMAL menyarung cincin di jari Fara. SAH bergelar suami isteri. FARA pada majlis pernikahan.
 ?? FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI ??
FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia