Harian Metro

ANGKAT MARTABAT MUZIK MELAYU

StereoFest baris 20 artis popular dari Malaysia, Singapura dan Indonesia

- Oleh Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Buat kali pertama festival muzik Melayu terbesar yang diberi nama StereoFest bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari depan.

Bertempat di Palawan Green, Sentosa, Singapura, acara yang berlangsun­g dua hari itu turut membabitka­n 20 barisan artis popular dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Mereka yang terbabit antaranya ialah New Boyz, Jaz, Zee Avi, Ayda Jebat, ANBS (Hyrul Anuar, Syed Azmir dan Fauzie Laily), Judika, Andi Bernadee, Elizabeth Tan, Ismail Izzani, Rahila Rashun dan ramai lagi.

Pengarah Urusan Adi Media Pte Ltd, Dian Rasid berkata, penganjura­n ini bertujuan mengangkat martabat muzik Melayu di rantau Asia di samping menyediaka­n platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas yang sama sebagai artis terkenal.

“Ini adalah penganjura­n kali pertama dan kami mahu memberikan peminat peluang lebih mendekatka­n diri dengan artis pujaan mereka terutama peminat muzik Melayu.

“Tidak hanya persembaha­n artis popular, kami turut menganjurk­an StereoSear­ch iaitu pertanding­an mencari artis rakaman untuk industri muzik Melayu,” katanya.

Untuk peringkat awal, StereoSear­ch diadakan secara dalam talian dan lapan penyanyi akan mengadakan persembaha­n secara ‘live’ di CelebFest pada Disember ini.

Selain persembaha­n artis dan pertanding­an nyanyian, StereoFest turut menawarkan jualan makanan dan minuman di Festival Village lokasi sama.

Bagi yang ingin menyaksika­n StereoFest tiket boleh didapati menerusi laman web www. stereofest.asia.

Ini adalah penganjura­n kali pertama dan kami mahu memberikan peminat peluang lebih mendekatka­n diri dengan artis pujaan mereka terutama peminat

muzik Melayu

DIAN RASID

 ??  ?? KUMPULAN 4U2C akan membuat persembaha­n di StereoFest.
KUMPULAN 4U2C akan membuat persembaha­n di StereoFest.
 ?? FOTO SALHANI IBRAHIM ?? AYDA Jebat
FOTO SALHANI IBRAHIM AYDA Jebat
 ??  ?? ZEE Avi
ZEE Avi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia