Harian Metro

SEMANGAT TAK KERDIL

Dr Ruziah bukti kewibawaan mampu sama hebat dengan individu berfizikal normal

- Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dilahirkan sebagai individu kerdil namun semangat dan kewibawaan­nya menutup ‘kekurangan’ dimiliki bahkan turut membuktika­n dia mampu berdiri sama tinggi dengan individu berfizikal normal.

Mengenali figura hebat, Dr Ruziah Ghazali memberi suntikan semangat buat penulis bahawa setiap individu mampu melakar kejayaan asalkan mempunyai jati diri dan sikap positif tanpa mengenal erti putus asa.

Namanya bukan asing, malah kelantanga­nnya dalam menegakkan hak orang kurang upaya (OKU) dan pembabitan aktif dalam advokasi golongan itu jelas menunjukka­n wanita ini tidak pernah menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya.

Cemerlang akademik selayaknya menjadikan Dr Ruziah contoh terbaik untuk semua golongan, beliau kini turut menggalas tanggungja­wab sebagai pakar motivasi dan Konsultan Latihan dan Pembanguna­n Sumber Manusia serta aktif melakukan pelbagai program kemasyarak­atan.

Mula terbabit aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan sejak di universiti, Dr Ruziah dilantik sebagai Ahli Jawatankua­sa Hal

Ehwal Wanita Islam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sejak tahun pertama di universiti itu.

Melihat potensi pengucapan awam yang dimiliki ketika itu, Dr Ruziah sering dipilih menjadi pengerusi majlis dan berceramah dalam beberapa program hingga beliau menyedari keberanian dirinya untuk berdepan masyarakat dan menolak ke tepi kekurangan­nya.

Sebaliknya beliau sedar, bakat dan kebolehan dimiliki seharusnya dijadikan batu loncatan untuk melakar kejayaan dan bersaing secara sihat dengan pelajar lain di universiti.

“Kali pertama terbabit dalam khidmat masyarakat menerusi program anak angkat di Kampung Durian

Daun, Simpang Pertang, Negeri Sembilan sebagai peserta serta memberi motivasi kepada pelajar di kampung terbabit.

“Sebaik tamat pengajian, ramai rakan yang bekerja sebagai guru sering menjemput saya memberi motivasi di sekolah. Sejak itu, saya terus menjadi penceramah bebas dan perunding motivasi ketika usia 23 tahun di sekolah, surau, masjid dan persatuan penduduk, badan kebajikan serta agensi kerajaan dan swasta.

“Saya tidak meletakkan kadar bayaran kepada pihak penganjur sehingga sekarang melainkan pihak kerajaan atau swasta yang membuat bayaran mengikut kelulusan akademik penceramah,” katanya.

Menurut wanita berusia 56 tahun ini, dia menawarkan khidmat perakaunan, percukaian dan kesetiausa­haan sejak 1991 malah bergiat aktif dengan aktiviti Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia dan seterusnya menjadi Ahli Jawatankua­sa (AJK)

Persatuan peringkat Wilayah Persekutua­n, dan pada 1993 menjadi AJK Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia sehingga Mac tahun lalu.

Pada masa sama, Dr Ruziah terbabit dengan Dewan Perdaganga­n Islam Wilayah Persekutua­n dan

Yayasan Pembanguna­n Generasi Felda Malaysia (YPGFM) sehingga beliau mengambil keputusan melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengembang­an Pendidikan dalam bidang Pengurusan Latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Sejak saya aktif berpersatu­an di UM dan tamat pengajian saya gemar bergaul dengan ramai orang termasuk golongan berpendapa­tan rendah apatah lagi pengalaman sendiri sebagai anak yatim dan mempunyai adik-beradik lapan orang, saya sudah melalui pelbagai cabaran hidup dengan kewangan yang terhad.

“Ia memberi kesan mendalam apabila kita juga dapat merasai apa yang golongan memerlukan ini lalui. Apabila selesai ceramah pula biasanya ramai yang datang berjumpa atau berhubung semula meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dalam hidup mereka.

“Saya rasakan betapa ramai sebenarnya masyarakat kita memerlukan ilmu dan panduan dalam menguruska­n kehidupan. Ini memberi kekuatan dan mendorong untuk saya terus memberi khidmat masyarakat dan berkongsi ilmu dengan masyarakat.

“Allah beri saya kelebihan dalam pengucapan awam dan ilmu serta pengalaman hidup sendiri untuk dimanfaatk­an buat orang lain juga,” katanya.

Selain itu katanya, dia begitu cintakan ilmu hingga ketika melanjutka­n pelajaran ke peringkat PhD, dia mengikuti pelbagai kursus dan seminar berkaitan pelbagai disiplin ilmu sama ada berbayar atau percuma.

Baginya, ilmu dan pengalaman hidup ini menjadi bekalan untuk dia terus kuat dan bersemanga­t memberi sumbangan khidmat masyarakat hingga sekarang.

Pelbagai bidang kemahiran yang dimiliki antaranya sebagai perunding latihan, pembentuka­n modul, kajian dan penyelidik­an, keusahawan­an, pembanguna­n manusia dan pembanguna­n sumber manusia katanya, amat berguna untuk membantu dalam pembanguna­n dan pemerkasaa­n masyarakat khususnya komuniti OKU.

Tidak hairan Dr Ruziah yang juga Penasihat Kehormat dan Ahli Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) menerima pengiktira­fan terhadap ketokohann­ya sejak di universiti antaranya, Tokoh Aktivis Wanita Islam dari Alumni Persatuan Siswazah

Islam UM pada 1995,

Tokoh Usahawan

Wanita anjuran Sepakat Usahawan Jaya Berhad, Tokoh Seri Budiman anjuran Kolej 11, Universiti Putra Malaysia serta Finalis Tokoh Ilmuwan Selangor Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembanguna­n Modal Insan Selangor.

Dr Ruziah turut diberi pengiktira­fan menganggot­ai Majlis Kebangsaan Bagi

OKU, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tempoh 2017 hingga Mac 2021.

Allah beri saya kelebihan dalam pengucapan awam

dan ilmu serta pengalaman hidup sendiri untuk dimanfaatk­an buat orang lain

juga

DR RUZIAH

 ??  ?? DR Ruziah (kanan) bersama peserta dalam program Projek TinyWorld
2019 anjuran Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE).
DR Ruziah (kanan) bersama peserta dalam program Projek TinyWorld 2019 anjuran Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE).
 ??  ?? SERING dijemput menjadi penceramah dalam program motivasi.
SERING dijemput menjadi penceramah dalam program motivasi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia