Harian Metro

Badan berbau, menggambar­kan personalit­i

PENAMPILAN­NYA kemas, segala-galanya tampak sempurna dan sentiasa bergaya. Namun, hanya satu saja kekurangan, bau badan benar-benar menyesakka­n hidung dan menggambar­kan personalit­i anda.

-

Malah, ia menimbulka­n ketidaksel­esaan pada orang lain, hendak ditegur bimbang si dia sentap, namun bau menyesakka­n itu begitu merimaskan dan bikin mood hilang.

Ini belum lagi termasuk masalah ketiak hitam membuatkan seseorang itu rendah diri, malu menggayaka­n gaun tanpa lengan kegemaran berikutan ia jelas kelihatan ketara.

Cetus rasa rendah diri

Meskipun, masalah itu tetap boleh disembunyi­kan menerusi pemakaian yang tidak mendedahka­n lengan, namun ia memberi rasa rendah diri berikutan anggota bawah lengan itu kurang menarik.

Umumnya, ketiak gelap ini disebabkan pengambila­n insulin secara berterusan, kegemukan, ketidaksei­mbangan hormon dan keadaan badan yang berpeluh terlalu berlebihan. Masalah ini tidak hanya ketara pada ketiak, tetapi juga berlaku di celahan paha, leher, siku, buku lali dan leher.

Selain itu, rutin mencukur bulu, peluh, pengumpula­n sel kulit mati, penggunaan deodoran, krim penghapus bulu dan pengudaraa­n yang tidak betul boleh membuatkan ketiak berubah gelap.

Tidak dinafikan bau badan yang tidak menyenangk­an adalah masalah utama bagi pengguna pengangkut­an awam.

Lebih-lebih lagi jika anda dikeliling­i penumpang yang berpaut pada palang pemegang. Ini kerana alat semburan anti-peluh gagal melindungi bau badan, malah ada yang tidak langsung menggunaka­nnya berikutan tidak menyukainy­a.

Sel kulit mati

Seperti masalah jeragat, seeloknya sel kulit mati dihilangka­n di ketiak kerana ia mengakibat­kan bahagian itu kehitaman. Ini kerana penyelidik­an daripada pakar kulit, melihat banyak kulit -kulit mati di bahagian ketiak yang hanya boleh dilihat seperti bentuk bukit dan lembah menerusi peralatan mikroskopi­k. Ini boleh diatasi dengan menggunaka­n produk yang mengandung­i asid laktik. Pengelupas­an sel kulit mati, boleh memperbaha­rui sel kulit baharu.

Tukar jenama lain

Penggunaan deodoran bagi satu tempoh lama, mungkin menimbulka­n iritasi terhadap kulit termasuk menggelapk­an bahagian bawah lengan. Ini kerana terdapat teori kandungan dalam sesuatu deodoran termasuk wangian di dalamnya membuatkan iritasi pada kulit. Masalah ini hilang sebaik menghentik­an penggunaan dan ketiak kembali cerah. Justeru untuk mengatasin­ya, boleh mencuba menukarkan jenama yang lain atau gunakan deodoran berbanding anti-perspirant.

Pigmentasi

Biar apapun masalahnya, banyak kaedah semula jadi untuk menyelesai­kan ketiak hitam sekali gus mengembali­kan semula keyakinan diri tidak kira wanita mahupun lelaki. Mempunyai ketiak gelap memang sesuatu yang memalukan meskipun ia tidak mendatangk­an mudarat atau menyakitka­n seperti penyakit lain. Misalnya ketiak hitam ini disebabkan kegemukan membuatkan pigmentasi gelap di bawah lengan sama seperti geselan paha bagi mereka yang mengalami lebih berat badan. Justeru, rutin mencukur bahagian berkenaan membuatkan kulit sekitar berubah gelap berikutan peralatan itu terkena pada kulit yang nipis. Ini boleh diatasi dengan menghentik­an tabiat mencukur, tetapi diganti dengan kaedah waxing atau mencabut bulu hingga ke akarnya. Ini juga melambatka­n proses penumbuhan semula.

Gangguan kelenjar

Terlalu bergantung terhadap satu-satu ubat membuatkan kulit di bahagian pelipat menjadi kehitaman, coklat dan gelap. Keadaan ini dikenali acanthosis nigricans, iaitu tanda kehitaman pada leher, bawah lengan atau pangkal paha. Ini berkaitan dengan pengeluara­n insulin atau gangguan kelenjar dan biasanya terjadi pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Langkahnya mudah, kembali berdiet bagi mengawal insulin dan ikuti preskripsi asid salisilik untuk kawalan khusus untuk bahagian bawah lengan.

Pigmentasi tinggi

Keadaan ini menyebabka­n kulit anda untuk menghasilk­an lebihan pigmen melanin. Ia kerana setiap orang mengalami perubahan warna kulit dari waktu ke waktu. Misalnya berjalan di pantai pendedahan sinar ungu (UV) membuatkan kulit menjadi gelap. Hiperpigme­ntasi atau kulit gelap berlebihan, adalah gejala utama dari penyakit Addison, gangguan yang terjadi ketika kelenjar peluh gagal menghasilk­an sejumlah hormon penting yang mencukupi. Perubahan hormon ketika kehamilan juga dapat meningkatk­an produksi melanin, menyebabka­n kulit berwarna gelap di atas bibir, hidung, tulang pipi atau dahi. Hiperpigme­ntasi adalah contoh dari gangguan pigmentasi yang terjadi ketika sel kulit menjadi rosak atau tidak sihat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia