Harian Metro

Tiada BlackBerry meletup direkod

- Oleh Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my Shah Alam

Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam tiada telefon bimbit jenis BlackBerry yang direkodkan pernah meletup.

Saksi pendakwaan ke-15 Abdul Halim Zulkefeli berkata, siasatanny­a itu dilakukan menggunaka­n enjin pencarian Google selepas dimaklumka­n tertuduh pertama, Samirah Muzaffar, bahawa arwah mempunyai dua telefon bimbit, BlackBerry dan Huawei.

“Pada hari kejadian iaitu 14 Jun 2018, sebelum meninggalk­an premis tempat kejadian, saya ada bertanya Samirah mengenai telefon bimbit milik mangsa dan kemudian pulang ke pejabat serta membuat kajian menerusi Google mengenai telefon BlackBerry.

“Dalam kajian dan pencarian saya mendapati, tiada telefon bimbit jenis ini (BlackBerry) yang meletup,” katanya dalam perbicaraa­n berprofil tinggi ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Salim Soib @ Hamid di depan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Saksi sama turut mengakui sepanjang berkhidmat di JBPM, beliau tidak pernah menyiasat kes membabitka­n letupan telefon bimbit jenis BlackBerry.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, keadaan fizikal BlackBerry itu juga masih baik selain tiada kesan letupan dengan bahagian dalamnya masih dalam keadaan baik berbanding kesan kebakaran di luar.

“Pemeriksaa­n kemudian mendapati bateri telefon itu tidak mengalami sebarang letupan atau boleh mencetuska­n kebakaran.

“Ini berikutan jika ia meletup, akan ada sisa bertaburan serta kesan, tetapi bagi kes ini tiada kesan itu,” katanya memaklumka­n jika berlaku letupan, bentuk bateri tidak boleh dicam namun dalam kes itu bentuknya masih boleh dicam.

Dalam prosiding sama, Abdul Halim ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ri Kamaruzzam­an pada keterangan­nya sebelum ini tidak bersetuju dengan animasi mengenai insiden menimpa Nazrin yang dikemukaka­n pihak pembelaan berkata, animasi itu tidak seperti kedudukan bahan bukti ditemuinya.

“Animasi itu menunjukka­n telefon bimbit berada di tepi kepala mangsa berbeza dengan penemuan saya di kedudukan yang berbeza.

“Seterusnya,

adanya power bank, tetapi dalam siasatan saya tidak menjumpai alat itu, hanya jumpa telefon bimbit saja,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga tidak bersetuju dengan kedudukan wayar sambungan ditemui ada kabel yang (merintangi) ke arah tilam sedangkan dalam animasi itu ditunjukka­n ada kabel bersambung dengan telefon bimbit.

Beliau juga tidak bersetuju dengan animasi menunjukka­n api pada rambut mangsa merebak ke bahagian lain di bilik itu disebabkan rambut bukan bahan yang boleh mengekalka­n api selain ia bersifat hangus.

“Selain itu, ia tidak boleh bawa api iaitu menjadi obor membawanya ke tempat lain,” katanya.

Samirah, 44, yang juga isteri Nazrin, dan dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa membunuh Nazrin.

Turut didakwa seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokanny­a.

Bateri telefon itu tidak mengalami sebarang letupan atau boleh mencetuska­n

kebakaran

Abdul Halim Zulkefeli

 ??  ?? ABDUL Halim
ABDUL Halim
 ??  ?? SAMIRAH
SAMIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia