Harian Metro

LRA Sungai Semenyih sudah beroperasi

-

Kuala Lumpur: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah beroperasi semula jam 1 tengah hari, semalam.

Perkembang­an terkini itu disahkan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan media, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, LRA Bukit Tampoi masih belum beroperasi.

Katanya, proses rawatan dan pengeluara­n air terawat akan mengambil sedikit masa sebelum bekalan stabil untuk disalurkan kepada pengguna.

“Pihak Air Selangor akan memaklumka­n perkembang­an terkini berkaitan penyaluran air terawat kepada pengguna dari semasa ke semasa.

“Untuk memastikan tahap pencemaran bau tidak meningkat semula di air mentah Sungai Semenyih, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang mengambil langkah proaktif dengan mengepam air dari Tasik Idaman ke Sungai Semenyih bagi tujuan penstabila­n dan pencairan pencemaran bau ini,” katanya.

 ??  ?? DUA bersaudara Zikir Helmi (kiri) dan abang saudaranya Muhammad Akil Muhammad Diah mengangkat botol air yang ditadah dari 12 paip air yang disediakan di tepi Jalan 4/2 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi untuk dibawa ke rumah mereka.
DUA bersaudara Zikir Helmi (kiri) dan abang saudaranya Muhammad Akil Muhammad Diah mengangkat botol air yang ditadah dari 12 paip air yang disediakan di tepi Jalan 4/2 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi untuk dibawa ke rumah mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia