Harian Metro

Nenek pindah PPS dengar siren banjir

-

Gua Musang: Walaupun uzur, warga emas berusia 93 tahun yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berseorang­an setiap kali banjir sehingga pernah hampir lemas.

Mariam Yusoff berdepan 40 kali banjir hanya bergantung kepada bunyi siren dipasang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tepi sungai belakang rumahnya.

Katanya, dalam tempoh bulan ini, dia sudah dua kali berpindah pada waktu tengah malam berikutan bunyi siren walaupun air belum mencecah lantai rumahnya.

“Mak cik tinggal seorang diri di rumah Program Bantuan Rumah (PBR) berikutan lima anak perempuan yang masing-masing sudah berkeluarg­a tinggal di luar negeri.

“Mak cik bersedia untuk

berpindah jika diramalkan gelombang ketiga berlaku namun memang bergantung kepada isyarat bunyi siren sama ada waktu pagi, petang atau malam,” katanya.

Katanya, berikutan uzur, dia tidak mampu lagi untuk membuat persiapan termasuk mengemaska­n barangan dan terpaksa membiarkan begitu sahaja setiap kali berlaku banjir. “Setiap kali berlaku banjir, mak cik berpindah membawa diri ke tempat selamat dan sebelum ini juga sudah banyak barang rosak terbiar dalam rumah.

“Malah, kesan lumpur empat kali banjir sebelum ini juga masih ada dalam rumah dan bersyukur ada pihak datang membersihn­ya hari ini (semalam),” katanya.

Terdahulu, Persatuan Sukarelawa­n Perihatin Gua Musang bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil masa empat jam membersihk­an rumah warga emas itu.

 ??  ?? ANGGOTA NGO membersih rumah Mariam (gambar) yang terjejas akibat banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.
ANGGOTA NGO membersih rumah Mariam (gambar) yang terjejas akibat banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia