Harian Metro

Nahas lori air mineral

-

Jitra: Pemandu lori maut selepas lori muatan air mineral dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar batu Ma’ahad Tahfiz Al-Najah, Air Hitam, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Ismail, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

 ??  ?? LORI muatan air mineral yang dipandu mangsa merempuh pagar batu di hadapan Ma’ahad Tahfiz Al-Najah, Ayer Hitam.
LORI muatan air mineral yang dipandu mangsa merempuh pagar batu di hadapan Ma’ahad Tahfiz Al-Najah, Ayer Hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia