Harian Metro

6 beranak selamat, kereta remuk teruk

-

Jitra: Enam beranak terselamat meskipun kereta dinaiki mereka remuk teruk dalam kemalangan membabitka­n sebuah kereta lain di persimpang­an lampu isyarat Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Mazlan Abdullah, 39, bersama lima anaknya berusia antara 4 hingga 11 tahun hanya cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata,

“Setiba di lokasi, didapati kemalangan membabitka­n dua kereta iaitu Toyota Altis dan Proton Wira namun pemandu dan penumpang kedua-dua kereta tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mereka dibawa ke Hospital Jitra oleh pasukan perubatan dan kenderaan awam sebelum kehadiran anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia