Harian Metro

‘Makna RM120 buat kami’

Bantuan peralatan persekolah­an TKHM 2019 ringan beban ibu bapa buat persediaan

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

“Walaupun nampak kecil, bantuan ini sangat bermakna buat keluarga lebih-lebih lagi anak yang dapat kelengkapa­n sekolah baharu,” kata Muhammad Shahrizal Kamil, 35.

Operator kilang itu antara ibu bapa 150 murid dari enam sekolah rendah di daerah ini yang menerima bantuan keperluan persekolah­an sempena program Titipan Kasih Harian Metro 2019 (TKHM 2019) Kembali ke Sekolah bersama DRB-HICOM di sini, kelmarin.

Bapa kepada tiga anak berusia lapan, lima dan empat tahun itu berkata, dia terharu kegembiraa­n melihat anaknya, Ainnul Syazwina, 8, mendapat pelbagai keperluan baharu sekolah bernilai RM120.

“Mungkin bagi sesetengah orang, RM120 itu kecil, tapi besar maknanya buat anak yang akan masuk tahun tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh di sini, Januari depan.

“Terima kasih kepada Harian Metro dan DRB-HICOM atas program yang sangat memberi manfaat kepada kami,” katanya ketika ditemui pada program TKHM 2019 Kembali ke Sekolah

bersama DRB-HICOM di SK Melekek di sini.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM), Tuan Asri Tuan Hussein; Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Mahmood Razak; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Melekek, Nor Aslina Kamarudin; Pengarang Eksekutif (Berita dan Digital) HM, Noorsham Md Salleh dan Pengarang Eksekutif (Komersial) HM merangkap Pengerusi Jawatankua­sa TKHM, Husain Jahit.

Enam sekolah yang mendapat bantuan program berkenaan dari SK Melekek yang dipilih sebagai tuan rumah, SK Simpang Empat, SK Ayer Pa’abas, SK Sungai Buloh, SK Pegoh, dan SK Cherana Puteh.

Terdahulu, pada pagi, semua penerima dibawa membeli-belah di Pasaraya Tesco, Cheng dengan setiap murid ditaja membeli barangan keperluan sehingga RM120.

Pemandu lori, M Murugan, 39, turut berkongsi perasaan sama sambil berharap lebih banyak syarikat dapat melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti itu.

“Jika semua syarikat besar dapat bergading bahu menjayakan program seperti ini saban tahun, saya percaya rakyat tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata,” katanya.

150 murid dari enam sekolah rendah terima

bantuan

 ??  ?? KAKITANGAN Tesco membantu murid mencari kelengkapa­n sekolah di Pasaraya Tesco, Cheng pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah.
KAKITANGAN Tesco membantu murid mencari kelengkapa­n sekolah di Pasaraya Tesco, Cheng pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah.
 ??  ?? MAHMOOD menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada pelajar.
MAHMOOD menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada pelajar.
 ??  ?? WAKIL minuman teh gaya hidup Tealive mengagihka­n minuman kepada murid.
WAKIL minuman teh gaya hidup Tealive mengagihka­n minuman kepada murid.
 ??  ?? PELAJAR menunjukka­n bungkusan ayam goreng KFC yang diterima mereka pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Pasaraya Tesco, Cheng.
PELAJAR menunjukka­n bungkusan ayam goreng KFC yang diterima mereka pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Pasaraya Tesco, Cheng.
 ??  ?? PELAJAR seronok bersama menunjukka­n kelengkapa­n sekolah yang dipilih mereka.
PELAJAR seronok bersama menunjukka­n kelengkapa­n sekolah yang dipilih mereka.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan mendengar ucapan Mahmood.
PENERIMA sumbangan mendengar ucapan Mahmood.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia