Harian Metro

Perhebat fasiliti OKU

Apalah ertinya Malaysia mampu mencapai status negara maju, jika isu dalam memenuhi hak dan kepentinga­n OKU ini pun kita masih jauh ketinggala­n berbanding negara lain

- Mahaizura Abd Malik

Riak wajah seorang graduan orang kurang upaya (OKU) yang ditauliahk­an Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mempamerka­n tanda kepuasan apabila pengorbana­n dan penat lelah lebih tiga tahun pengajiann­ya membuahkan hasil. Semangat kental wanita ini mengecapi impiannya di sebalik kekurangan diri serta keterbatas­an bergerak kerana menghidap Cerebral Palsy atau lumpuh otak selain mengalami masalah otot kaki, mengagumka­n dan memberi inspirasi kepada saya.

Bukan sisi kejayaanny­a yang mahu dicoretkan di sini. Isunya adalah harapan wanita berusia 34 tahun itu yang mahukan tempat awam lebih cakna dengan keperluan warga OKU sepertinya.

Wanita ini meluahkan kepayahann­ya bergerak kerana kekurangan fasiliti mesra OKU seperti laluan khas untuk OKU melalui atau menaiki anak tangga di bangunan mahupun tempat awam.

Bak kata wanita itu, tidak adil OKU dianaktiri­kan sedangkan golongan sepertinya juga mampu berdikari dan menjadi penyumbang pembanguna­n negara andainya diberikan ruang dan sokongan sewajarnya.

Sudah tentu fasiliti mesra OKU adalah satu aspek utama perlu diberi perhatian untuk memudahkan mereka selesa bergerak ke sana sini menjalani rutin harian seperti insan normal.

Sebenarnya, rungutan kemudahan tidak mesra OKU ini bukan kali pertama kedengaran, malah acap kali disuarakan warga OKU termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuan­gkan hak golongan itu sejak bertahun lamanya.

Itu belum lagi isu hak golongan OKU seperti parkir dan tandas digunakan orang normal selain kemalangan OKU di tempat awam terutama mereka yang mempunyai masalah penglihata­n seperti mana kerap disuarakan rakan NGO saya.

Untuk rekod, setakat akhir tahun lalu seramai 513,519 OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun dianggarka­n 4.86 juta daripada 32.4 juta populasi negara terdiri daripada golongan berkenaan.

Satu angka yang bukan sedikit untuk dipandang sebelah mata kerana mereka ini juga warga kita yang harus diberi perhatian dan dijaga kebajikann­ya.

Memang diakui, kerajaan tidak pernah meminggirk­an, malah sentiasa menzahirka­n komitmen menyantuni OKU melalui pelbagai inisiatif dan bantuan untuk dinikmati golongan itu.

Namun, suka atau tidak kita harus terima hakikat memang masih jauh lagi perjalanan kita dalam memastikan OKU diberikan hak sewajarnya.

Ini kerana selepas sekian lama isu ini belum menemui noktahnya sedangkan Malaysia sudah menandatan­gani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) pada 8 April 2008 sebelum meratifika­sikannya pada 19 Julai 2010.

Malah, peruntukan CRPD juga digubal dalam perundanga­n negara melalui Akta Orang Kurang

Upaya 2008 [Akta 685] yang diwartakan pada 24 Januari 2008.

Umum mengetahui, Akta 685 ini menggarisk­an dengan jelas panduan hak golongan OKU ke atas keperluan akses kemudahan khas di tempat awam, pendidikan, pekerjaan, maklumat, komunikasi dan teknologi selain kehidupan berbudaya dan rekreasi.

Namun, pada Bahagian IV yang menyentuh aspek ini menunjukka­n semangat ‘penggalaka­n dan pembanguna­n kualiti hidup dan kesejahter­aan OKU’ masih samar di Malaysia.

Hal ini turut disepakati Pengasas Malaysian Lawyers Circle (MLC) Lukman Sheriff Alias dan Pengerusi Bersama Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia (MACSA) Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Mereka memandang serius laporan Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) berhubung kira-kira tujuh laporan kemalangan di tempat awam membabitka­n orang cacat penglihata­n sejak

Akta 685 diwartakan.

Jangan hanya dipandang kepada jumlah mangsa yang sedikit itu, adakah jika jumlahnya meningkat baru kita mahu bertindak?

Persoalann­ya, untuk apa wujudnya undang-undang yang bertujuan memelihara hak asasi golongan OKU, jika ia hanya peruntukan kosong tidak efektif tanpa campur tangan kerajaan dalam memastikan semua pihak berkaitan mengambil tanggungja­wab bersama dalam menjaga kepentinga­n golongan OKU ini.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan meminda Akta 685 bagi memasukkan penguatkua­saan dan penalti supaya memastikan pematuhan sebenar peruntukan CRPD dan Akta 685.

Jangan hanya meletakkan tanggungja­wab ini kepada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat semata-mata sebaliknya semua pihak dan kementeria­n terbabit harus berganding bahu memainkan peranan lebih agresif dengan mengkaji lebih terperinci lagi kesulitan dihadapi OKU di tempat awam.

Fikir-fikirkan apalah ertinya Malaysia sekalipun mampu mencapai status negara maju pada 2025 seperti mana disasarkan, jika isu dalam memenuhi hak dan kepentinga­n OKU ini pun kita masih jauh ketinggala­n berbanding negara lain.

>>Penulis Wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia