Harian Metro

Akhirat matlamat sebenar

Mereka yang hatinya terpaut dengan dunia seolah-oleh membiarkan masa hidup untuk nikmat yang sementara

-

Orang yang memahami tujuan dihidupkan di dunia sangat beruntung kerana setiap amalannya sentiasa berpaksika­n matlamat mendapat ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. Sedangkan bagi mereka yang ‘gagal’ memahami matlamat hidup akan membiarkan diri dihanyutka­n dengan sikap ‘hubbud dunya’ yang melampau.

Sebagai Muslim, kita sewajarnya memahami makna dan matlamat kehidupan dunia agar tidak seperti umat lain yang tidak menjadikan akhirat sebagai tujuannya.

Sebab itulah, semasa Saidina Umar al-Khattab memegang teraju kepemimpin­an kerajaan Islam di Kota Madinah, beliau tidak putus-putus memberikan nasihat dan peringatan kepada umat matlamat hidup di dunia.

Umar sangat menginsafi seandainya berlaku kealpaan semasa hidup akan membawa padah kepada untung nasib seseorang di akhirat kelak.

Beliau pernah mengingatk­an masyarakat Islam dengan menyatakan, “Ketahuilah. Dunia ini hijau dan menyenangk­an. Banyak manusia yang terpesona dan ingin mendekatin­ya.

“Oleh sebab itu, jangan kamu tertipu olehnya. Jangan menjadi dunia tujuan hidup kamu kerana jika dunia menguasai hati kamu, dia akan sukar dilepaskan daripada hati kamu.”

Antara aspek yang mencuri tumpuan hati manusia adalah harta benda dan kekayaan.

Kerana keduniaan, tercetusny­a pelbagai fenomena sosial yang bertentang­an dengan ajaran Islam seperti salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah.

Mereka yang hatinya terpaut dengan dunia seolah-oleh membiarkan masa hidup untuk nikmat yang sementara.

Manakala nikmat yang kekal abadi di akhirat tidak diberi keutamaan.

Orang Islam yang benar-benar memahami kehidupan dunia dan akhirat, pastinya akan sentiasa mengingati firman Allah SWT dalam Surah al-Hadid, ayat 20 yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhn­ya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan yang dimegahkan serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumka­n petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan hancur. Kemudian di akhirat nanti, ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Kemudian kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Maka jangan menjadikan dunia tujuan hidup.”

Kita sewajarnya memantapka­n hati dan jiwa untuk sentiasa ingat kepada kematian dan alam akhirat yang bakal ditempuhi.

Umar al-Khattab mengingatk­an kita, ‘Ketahuilah manusia yang disibukkan untuk memikirkan hal dunia, maka hatinya akan menjadi gelap. Sebaliknya, manusia yang sering mengingati akhirat yang bakal ditempuhin­ya, tentu sekali hati menjadi tenteram dan tenang.’

Muslim yang memahami erti kehidupan dunia akan merangka agenda kehidupann­ya selari dengan tuntutan al-Quran dan akan berusaha sedaya upaya mengikuti teladan sunah Rasulullah SAW.

Justeru, usah mendewa-dewakan kenikmatan dunia kerana ia pasti akan menjerat diri sehingga segala perbuatan lebih terarah untuk berseronok dan mengejar kekayaan semata-mata.

Apabila gejolak hawa nafsu duniawi mendominas­i diri, maka kita tidak mampu menggunaka­n ketajaman mata hati dan akal fikiran menepati kehendak agama.

Insya-Allah, berkat hidup berpanduka­n al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW setiap perkara dilakukan akan memperoleh rahmat dan perlindung­an Allah SWT.

>>Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ?? Mohd Rizal Azman Rifin ??
Mohd Rizal Azman Rifin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia