Harian Metro

Suami model keluarga sakinah, mawaddah

- Hasan Jali

Aisyah radhiyalla­hu‘anha berkata: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluargany­a dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis Riwayat Tirmidzi) Suami itu imam rumah tangga. Sepertiman­a solat, ia mengambil peranan dalam berjemaah.

Jika imam baik dan soleh, jemaah akan baik dan dapatlah pahala berjemaah.

Suami adalah model kehidupan keluarga menuju sakinah dan mawaddah seperti yang diidamkan semua orang.

Oleh itu, suami perlu sentiasa memperbaik­i diri dari aspek sahsiah, keilmuan, tanggungja­wab, kepemimpin­an dan ekonomi.

Jika suami tidak mampu mengambil peranan menyebabka­n institusi keluarga tidak dapat berjalan dengan sepatutnya.

Sehinggaka­n isteri pula mengisi peranan mengantika­n suami. Maka, akan tercipta suami-suami dayus.

Rasulullah SAW mengingatk­annya dalam satu hadis yang bermaksud: ‘Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.’ (Riwayat Ahmad dan An-Nasaie)

Berikut beberapa cara kepemimpin­an dan amalan Baginda SAW dalam membimbing keluargany­a.

Rasulullah SAW berkata dalam hadis yang diriwayatk­an Imam Muslim dan Imam Ahmad, yang bermaksud: “Janganlah marah (lelaki Muslim/suami) kepada seorang wanita Muslimah (isteri). Jika tidak menyukai perangai darinya, maka sukailah perangai lainnya.”

Suami tidak digalakkan memarahi isteri selagi dia masih dapat dibimbing dengan cara baik. Suami hendaklah mempunyai sifat pemaaf dan menahan amarah.

Orang yang mampu menahan amarah dan mempunyai sifat pemaaf adalah ciri Muslim yang baik dan akan mendapat reda Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeral­ah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatka­n syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa (iaitu) orang yang berinfak, sama ada di waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Rasulullah SAW tidak pernah membawa masalah luar ke dalam rumah tangganya.

Baginya, rumah itu adalah syurga keluarga, bukan tempat masalah.

Membantu menguruska­n pekerjaan rumah. Aishah mengatakan: “Rasulullah SAW dalam kesibukan membantu isterinya, jika tiba waktu solat maka beliau pun pergi solat” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW ingin meringanka­n beban isterinya.

Suami mithali mempunyai sifat tolong menolong dan orang pertama yang layak dibantu adalah seorang isteri.

Baginda SAW berlemah lembut dengan isteri dan anak-anak.

Pernah suatu ketika Nabi marah kepada Aishah, dia pun takut. Baginda memintanya menutup mata, kemudian memeluk Aishah dan mengatakan sudah tidak marah lagi.

Baginda seorang yang romantik.

Ini dibuktikan apabila Baginda mengajak isterinya makan satu pinggan dan mandi bersama.

Daripada Aisyah, beliau berkata: “Aku sentiasa mandi bersama Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunaka­n air dalam bekas itu).”

>>Penulis Pensyarah Pengajian Islam Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun, Beranang, Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia